Hujan berterusan diramal landa Sabah, Sarawak dan Labuan hingga Isnin
Bernama
Disember 24, 2022 08:44 MYT
Disember 24, 2022 08:44 MYT
SANDAKAN: Jabatan Meteorologi Malaysia hari ini mengeluarkan amaran hujan lebat berterusan di utara dan beberapa daerah di pantai timur Sabah mulai hari ini hingga Isnin (26 Dis).
Berdasarkan amaran yang dikeluarkan pada 1.40 tengah hari tadi, daerah terkesan adalah Sandakan, Kudat, Telupid, Beluran dan Kinabatangan.
Amaran hujan berterusan mulai hari ini hingga Isnin juga dikeluarkan bagi beberapa daerah lain di Sabah, Sarawak dan Labuan.
Di Sabah melibatkan kawasan pantai barat dan kawasan pedalaman iaitu Sipitang, Kuala Penyu dan Beaufort sementara di Sarawak melibatkan Miri, Subis, Beluru, Marudi dan Limbang.
-- BERNAMA