Hujan berterusan diramal di Pantai Timur, Johor minggu depan - MetMalaysia

Bernama
November 15, 2024 15:15 MYT
MetMalaysia mengeluarkan amaran hujan berterusan (waspada) yang dijangka berlaku di negeri Pantai Timur dari 19 hingga 23 November. -Gambar hiasan/Unsplash
KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan (waspada) yang diramalkan berlaku di negeri Pantai Timur pada 19 hingga 23 Nov ini.

Ringkasan AI
  • MetMalaysia mengeluarkan amaran hujan berterusan (waspada) yang dijangka berlaku di negeri Pantai Timur dari 19 hingga 23 November.
  • Amaran ini melibatkan seluruh Terengganu, beberapa kawasan di Kelantan (Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Tanah Merah, Bachok, Machang, Pasir Puteh), Pahang (Kuantan, Pekan, Rompin), dan Johor (Segamat, Kluang, Mersing, Kulai, Kota Tinggi, Johor Bahru).
  • MetMalaysia menasihati orang ramai untuk merujuk laman web rasmi, media sosial, dan aplikasi myCuaca untuk maklumat terkini dan sahih.

MetMalaysia dalam kenyataan hari ini memaklumkan kawasan yang terlibat ialah seluruh Terengganu, Kelantan (Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Tanah Merah, Bachok, Machang dan Pasir Puteh) serta Pahang (Kuantan, Pekan dan Rompin).
Keadaan sama dijangka turut melanda Johor iaitu di Segamat, Kluang, Mersing, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru.
MetMalaysia menasihati orang awam agar sentiasa merujuk laman web www.met.gov.my dan media sosial rasmi serta memuat turun aplikasi myCuaca untuk mendapatkan maklumat terkini dan sahih.
-- BERNAMA
#MetMalaysia #hujan lebat #Pantai Timur #amaran hujan berterusan
;