GERIK: Hujan yang berlaku petang semalam, sedikit sebanyak telah membantu mengawal kebakaran kira-kira empat hektar hutan di atas Gunung Kenderong, di sini.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak Sabarodzi Nor Ahmad bagaimanapun berkata, pihaknya sentiasa membuat pemantauan dari semasa ke semasa untuk memastikan kebakaran tidak berlaku semula.
Menurutnya, pagi ini, 15 anggota bomba, polis, Angkatan Pertahanan Awam, dan Jabatan Perhutanan membuat pendakian bagi melihat kebakaran yang berlaku pada ketinggian 500 hingga 600 meter dari aras laut.
“Kita juga melakukan pemantauan daripada udara menggunakan khidmat helikopter jenis Augusta AW139 dari Pengkalan Udara JBPM Bertam.
“Pemantauan mendapati terdapat saki baki tunggul kayu yang terbakar dan dikhuatiri akan mengakibatkan kebakaran semula,” katanya kepada pemberita.
Semalam, JBPM menerima panggilan mengenai kebakaran itu kira-kira jam 3.54 petang.
Kawasan hutan dianggarkan seluas empat hektar pada ketinggian dikesan mengalami kebakaran di Gunung Kenderong di sini.
Sabarodzi berkata, kawasan kebakaran bukan merupakan laluan pejalan kaki dan berdasarkan maklumat dari malim gunung dan Jabatan Perhutanan, kira-kira dua hingga tiga jam diperlukan untuk berjalan kami ke lokasi kebakaran.
Menurutnya, operasi pemantauan masih diteruskan dan diketuai Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Gerik, Penolong Penguasa Bomba Azizan Aziz.
Abd Razak Mohd Ali
Sun Aug 06 2023
![Hujan bantu kawal kebakaran hutan atas Gunung Kenderong Hujan bantu kawal kebakaran hutan atas Gunung Kenderong](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-08/51691296723_kebakaran.jpg)
Kawasan hutan dianggarkan seluas empat hektar pada ketinggian dikesan mengalami kebakaran di Gunung Kenderong. - Foto JBPM Perak
10 Berita Pilihan - (15 Ogos 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Pasukan PBB lawat Bangladesh, siasat pembunuhan protes pelajar
Pasukan penyiasat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) akan melawat Bangladesh minggu depan untuk menyiasat ratusan kematian semasa protes yang diketuai pelajar baru-baru ini, menurut pegawai badan dunia itu pada Khamis.
Gempa bumi bermagnitud 5.7 gegar timur laut Taiwan
Gempa bumi berukuran 5.7 skala richter melanda daerah Timur Laut Taiwan pada Khamis.
Angka kematian di Gaza cecah 40,000 individu
Pasukan tentera Israel melakukan tiga pembunuhan beramai-ramai terhadap keluarga-keluarga di Semenanjung Gaza dalam tempoh 24 jam lepas, mengakibatkan sekurang-kurangnya 40 rakyat Palestin terbunuh dan 107 lagi cedera, menurut sumber perubatan.
Jepun tamatkan amaran gempa bumi mega
Dalam tempoh berjaga-jaga, Agensi Meteorologi Jepun tidak melihat sebarang pergerakan gempa bumi yang luar biasa atau kerak bumi.
Rakyat UK terancam dengan imigran rampas peluang pekerjaan
Bimbang golongan imigran akan merampas peluang peluang pekerjaan menjadikan rakyat United KIngdom terutamanya mereka yang mempunyai masalah ekonomi melihat imigran sebagai satu ancaman.
Parti Pheu Thai pilih anak perempuan Thaksin calon PM
Paetongtarn, 37, adalah anak perempuan kepada jutawan yang juga bekas Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra.
Pemilihan anak Thaksin sebagai PM Thailand dianggap tidak efektif
Pemilihan anak perempuan bekas Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra, Paetongtarn Shinawatra, untuk menggantikan Srettha Thavisin sebagai Perdana Menteri negara itu dianggap sebagai tidak efektif.
![Angka kematian di seluruh Semenanjung Gaza meningkat kepada 40,005, lebih 92,401 cedera Angka kematian di seluruh Semenanjung Gaza meningkat kepada 40,005, lebih 92,401 cedera](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/81723343252_Palestiniansmourn.jpg)
Angka kematian di seluruh Semenanjung Gaza meningkat kepada 40,005, lebih 92,401 cedera
Perkhidmatan kecemasan masih tidak dapat membantu ramai mangsa dan membawa keluar mayat yang terperangkap di bawah runtuhan.
DNA mangsa kebakaran di Pagoh diperoleh, jenazah dijangka dikebumikan esok
Polis mengesahkan telah menerima laporan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) dua mayat mangsa yang rentung dalam kebakaran rumah di Kampung Paya Redan, Pagoh, Johor Jumaat lepas.
![Taman Tasik Taiping mulai 'dilimpahi' air, pengunjung lega Taman Tasik Taiping mulai 'dilimpahi' air, pengunjung lega](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/81723244702_TamanTasikTaiping.jpg)
Taman Tasik Taiping mulai 'dilimpahi' air, pengunjung lega
Dikenali dengan gelaran bandar tadahan hujan, ramai mata yang tertumpu di sini susulan tular paras air tasiknya yang mengering.
![Paris 2024: Acara papan selaju ditangguh akibat hujan Paris 2024: Acara papan selaju ditangguh akibat hujan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41722071383_TBSakuraYosozumi.jpg)
Paris 2024: Acara papan selaju ditangguh akibat hujan
Berdasarkan jadual awal, 22 atlet sepatutnya bertanding pada peringkat awal acara itu pagi ini di Place de la Concorde.
![Mangsa banjir di Sabah meningkat, lebih 400 orang berada di PPS Mangsa banjir di Sabah meningkat, lebih 400 orang berada di PPS](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41719808253_banjirpenampangs.jpg)
Mangsa banjir di Sabah meningkat, lebih 400 orang berada di PPS
Jumlah mangsa banjir di Sabah setakat pagi ini meningkat kepada 464 orang daripada 140 keluarga yang berada di empat PPS.
![PRK Sungai Bakap: Proses penamaan calon bermula 9 pagi PRK Sungai Bakap: Proses penamaan calon bermula 9 pagi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/81718954080_calonPilihanRaya.jpg)
PRK Sungai Bakap: Proses penamaan calon bermula 9 pagi
Keadaan cuaca diramal hujan pagi ini, seperti yang dikeluarkan Jabatan Meteorologi (METMalaysia) semalam.
![Hujan basahi Mina, suhu turun buat seketika Hujan basahi Mina, suhu turun buat seketika](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/81718634532_TBmina.jpg)
Hujan basahi Mina, suhu turun buat seketika
Menurut warga tempatan, ini kali ketiga hujan turun di kota Mekah sepanjang tahun ini.
![Lebih 33,000 orang terjejas akibat cuaca buruk di Sri Lanka Lebih 33,000 orang terjejas akibat cuaca buruk di Sri Lanka](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/71716288709_RIBUTPETIR.jpg)
Lebih 33,000 orang terjejas akibat cuaca buruk di Sri Lanka
Monsun barat daya secara beransur-ansur sedang terbentuk di negara itu, dan keadaan hujan serta berangin yang berterusan akan berlanjutan.
![Guna anak patung Doraemon untuk upacara panggil hujan Guna anak patung Doraemon untuk upacara panggil hujan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/51714782981_tbDoraemon.jpg)
Guna anak patung Doraemon untuk upacara panggil hujan
Anak patung Doraemon itu turut diarak ke sekitar jalan utama di Khao Khala selepas kawasan tersebut berdepan kemarau berpanjangan.
![Kurangkan penggunaan air 10 peratus sehingga Jun ini - PBAPP Kurangkan penggunaan air 10 peratus sehingga Jun ini - PBAPP](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-05/81651651977_WaterPipe.jpg)
Kurangkan penggunaan air 10 peratus sehingga Jun ini - PBAPP
Pengguna juga dinasihatkan supaya berhemat menggunakan air sehingga hujan tiba, bagi menambah simpanan air mentah di empangan.
![Menjelang minggu akhir Ramadan, Kota Mekah diramal hujan Menjelang minggu akhir Ramadan, Kota Mekah diramal hujan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/61712012372_KaabahMandiHujan.jpg)
Menjelang minggu akhir Ramadan, Kota Mekah diramal hujan
Keadaan cuaca sama turut dijangkakan di Madinah, yang diramal hujan pada Selasa dan Rabu.
![Hujan dicerap selepas OPA di tiga kawasan sasaran Sabah Hujan dicerap selepas OPA di tiga kawasan sasaran Sabah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/41709874678_hujanlebat.jpg)
Hujan dicerap selepas OPA di tiga kawasan sasaran Sabah
Purata curahan hujan antara lima dan 10 mm/h selepas OPA dilaksanakan di tiga kawasan sasaran iaitu Papar, Lahad Datu dan Tawau.