Hujah penutup perbicaraan kes pembunuhan Jong Nam, 27 Jun depan

Agensi
April 5, 2018 15:44 MYT
Aisyah dan Huong dituduh menggunakan agen saraf VX dan menekupnya ke muka Kim Jong Nam.
Mahkamah Tinggi Shah Alam menetapkan 27 Jun 2018 sebagai tarikh sebutan semula kes pembunuhan Kim Jong Nam dan hujah akhir pihak pendakwaan dan pembelaan.
Keputusan itu dibuat selepas mahkamah selesai menyoal kesemua 34 saksi yang dimulakan sejak enam bulan lalu dan menangguhkan perbicaraan terhadap tertuduh Siti Aisyah, 25 tahun, dari Indonesia dan Doan Thi Huong, 29, dari Vietnam.
Pada 13 Februari 2017, kedua-dua tertuduh didakwa membunuh adik kepada pemimpin Korea Utara Kim Jong Un itu di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur.
Aisyah dan Huong dituduh menggunakan agen saraf VX dan menekupnya ke muka Kim Jong Nam.
Dalam kenyataan pembelaan sebelum in kedua-dua tertuduh mengaku tidak bersalah dan menyatakan telah dipergunakan pihak lain dan beranggapan ia hanya sebagai gurauan yang tidak berbahaya untuk pertunjukan kamera tersembunyi atau 'prank'.
Kedua-duanya adalah satu-satunya suspek dalam tahanan, walaupun pendakwa mengatakan terdapat empat orang warga Korea Utara yang melarikan diri dari negara yang juga terlibat.
Pada 27 Jun nanti apabila hujah penutup selesai dibuat, mahkamah akan memutuskan samada terdapat kes terhadap tertuduh atau tidak.
Jika mahkamah mendapati tiada kes maka kedua-dua wanita terbabit akan dibebaskan.
Namun jika mahkamah memutuskan ada maka kedua-dua wanita terbabit akan dipanggil untuk membuat pembelaan.
Peguam Huong, Hisyam Teh Poh Teik, berkata beliau akan berusaha membela wanita terbabit dalam hujah penutup kerana beranggapan siasatan polis menjadi berat sebelah selepas ketiadaan emapt lagi susupek warga Korea Utara.
Walau bagaimanapun, pihak pendakwa berpendapat kedua-dua tertuduh mengetahui bahawa mereka mengendalikan racun.
#Indonesia #kim jong nam #Korea Utara #Kuala Lumpur #mahkamah #polis #shah alam #siasatan #suspek #Vietnam #wanita
;