Hubungi talian KLN bagi mendapat maklumat ahli keluarga terkandas di AS

Astro Awani
Oktober 29, 2012 17:15 MYT
Berikutan ancaman Taufan Sandy di Amerika Syarikat, ramai rakyat Malaysia bimbang tentang nasib ahli keluarga mereka yang berkemungkinan terkandas di Lapangan Terbang New York.
Untuk itu Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri Malaysia menyediakan talian yang boleh dihubungi oleh rakyat Malaysia untuk mengetahui keadaan ahli keluarga di AS atau untuk bertanya apa-apa maklumat berkaitan perkara ini.
Talian ini boleh dihubungi pada bila-bila masa termasuk selepas waktu pejabat dan pegawai bertugas akan membantu.
Talian Hot Line yang disediakan adalah 03-88892746.
#Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri Malaysia #Taufan Sandy
;