Hubungan dua hala Malaysia-Uganda terus diperkukuh

Astro Awani
November 7, 2024 11:12 MYT
Mohamad (kiri) bersalaman bersama rakan sejawatnya, Henry Oryem Okello dalam kunjungan hormat sempena lawatan peribadi ke Malaysia.
KUALA LUMPUR: Isu dua hala antara Malaysia dan Uganda terus diperkukuhkan termasuk meneroka bidang lain yang mampu memperhebat hubungan kedua-dua negara.
Perkara itu antara yang dibincangkan dalam kunjungan hormat Menteri Negara Hal Ehwal Luar (Antarabangsa) Uganda, Henry Oryem Okello ke atas Timbalan Menteri Luar Negeri, Datuk Mohamad Alamin.
Kedua-dua pemimpin turut membincangkan isu berkaitan perdagangan, pelaburan dan pendidikan.
Selain itu, kedua-dua pemimpin turut bertukar pandangan mengenai isu-isu berkepentingan bersama seperti Kepengerusian ASEAN 2025, perkembangan terkini Pergerakan Negara-Negara Berkecuali (NAM) dan situasi semasa di Palestin.
Henry sedang dalam lawatan peribadi ke Malaysia dari 5 hingga 11 November 2024.
Tujuan utama lawatan beliau ke Malaysia adalah bagi menghadiri Hari Kebangsaan Republik Uganda ke-62.
#Hubungan dua hala #Uganda #kerjasama negara #Mohamad Alamin
;