Hubungan Amerika Syarikat - Malaysia, ini apa yang anda perlu tahu
Astro Awani
Disember 15, 2021 16:36 MYT
Disember 15, 2021 16:36 MYT
PUTRAJAYA: Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS), Antony Blinken mengadakan lawatan sulungnya ke Malaysia pada Selasa dan Rabu sebelum meneruskannya di Bangkok pada hari seterusnya.
Lawatan Blinken adalah sebahagian daripada lawatannya ke rantau Asia Tenggara dari 13 hingga 16 Disember yang turut merangkumi Indonesia dan Thailand.
Lawatan kerja tersebut akan memberi peluang kepada Malaysia dan AS meluaskan kerjasama pelbagai bidang di samping meneroka inisiatif baharu.
Untuk rekod, AS dan Malaysia menjalinkan hubungan diplomatik dengan Malaysia pada 1957 dan hubungan dua hala dalam Perkongsian Komprehensif pada 2014.
Kunjungan terbaharu ini pastinya mengukuhkan lagi kerjasama baik antara kedua-dua negara terutamanya dalam mencari penyelesaian membantu negara bangkit pasca pandemik COVID-19.
Berikut disimpulkan secara ringkas hubungan AS dan Malaysia:
- AS - Malaysia menjalin kerjasama yang kukuh berdasarkan nilai demokrasi, menghormati hak asasi manusia dan kedaulatan undang-undang.
- Bekerjasama dalam memerangi COVID-19 dan mencegah pandemik seterusnya.
- Kerjasama keselamatan AS - Malaysia mempromosikan kemakmuran, keselamatan dan keamanan.
- Bekerjasama dengan Malaysia dalam menyokong mempromosikan keselamatan dan tadbir urus maritim melalui peningkatan keupayaan pertahanan dan penguatkuasaan undang-undang.
- Malaysia ialah rakan dagangan ke-18 terbesar AS dan AS pula pelabur asing terbesar di Malaysia dengan pelaburan langsung asing sebanyak $13.5 bilion pada tahun 2020.
- 2018-2022 : AS sediakan kira-kira $220 juta bantuan keselamatan untuk Malaysia, termasuk penyediaan peralatan, pendidikan, latihan dan program pertukaran lain.
- AS melabur kira-kira $1 juta setiap tahun dalam program Pendidikan dan Latihan Tentera Antarabangsa.
- Menghantar lebih 300 anggota perkhidmatan Malaysia setiap tahun ke pelbagai akademi dan sekolah di AS.
- AS merupakan salah satu pelabur utama di Malaysia terutama dalam sektor elektrik dan elektronik.
- AS telah menjadi tuan rumah kepada hampir 1,700 peserta Program Kepimpinan Pelawat Antarabangsa Malaysia (IVLP) sejak 1949.
- Lebih 5,000 rakyat Malaysia adalah alumni program pertukaran tajaan Jabatan Negara.
- Lebih 10,000 ahli Inisiatif Kepimpinan Asia Tenggara Muda (YSEALI) dari Malaysia telah menyertai bengkel serantau, Kem Permulaan YSEALI.