HSR: Malaysia, Singapura masih dalam rundingan

Astro Awani
November 27, 2020 22:26 MYT
Proses rundingan tersebut masih berjalan sebelum tarikh akhirnya iaitu 31 Disember ini.
KUALA LUMPUR: Proses rundingan masih berjalan berhubung beberapa cadangan yang dikemukakan oleh Malaysia bagi menambah baik Projek Kereta Api Laju Kuala Lumpur-Singapura (HSR).
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed dalam satu kenyataan pada Jumaat berkata, proses rundingan tersebut masih berjalan sebelum tarikh akhirnya iaitu 31 Disember ini.
"Kerajaan akan membuat pengumuman selepas kata putus dicapai dan proses rundingan tersebut selesai," katanya.
Baru-baru ini, sebuah media tempatan melaporkan projek kereta api laju itu akan diteruskan tanpa kerjasama Singapura dengan laluan terakhir di Johor Bahru.
#Projek Kereta Api Laju Kuala Lumpur - Singapura #HSR #Mustapa Mohamed #Singapura #Malaysia
;