Hospital Sultanah Aminah (HSA) ialah antara hospital terbaik di Malaysia, kata Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah.
Beliau berkata Jabatan Kecemasan (ED) telah menunjukkan 97.6 peratus persediaan ambulans dan tempoh penghantaran bagi respon segera dicapai dalam masa kurang lima minit.
"Sejak Januari hingga Julai tahun ini, jabatan itu telah menerima 6,215 panggilan ambulans Tahap I (kes kecemasan kritikal). Selain itu, 67 peratus daripada panggilan ambulans Tahap I mendapat respon dalam masa kurang 15 minit," kata beliau dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Beliau berkata purata Zon Merah menerima 600 kes sebulan (20 kes kritikal sehari), 2,000 kes separa kritikal (66 kes sehari di Zon Kuning) dan lebih 10,000 kes bukan kritial di Zon Hijau.
"Jabatan kecemasan mempunyai 10 orang pakar, mengetuai sekumpulan 39 pegawai perubatan dan ahli paramedik dan profesional kesihatan yang lain yang bekerjasama rapat sebagai satu pasukan dengan menyediakan penjagaan pra hospital di samping perkhidmatan perubatan kecemasan," kata beliau.
Sementara itu, Dr Noor Hisham berkata HSA juga menempatkan Jabatan Neurosurgeri yang menjalankan 649 pembedahan besar dan 317 pembedahan kecil pada 2016.
Beliau berkata hospital itu telah memenuhi petunjuk prestasi utama (KPI) pada 2016 apabila 99 peratus daripada pesakit yang baru didiagnosis otak atau tumor tulang pada 2016 telah menjalani pembedahan elektif dalam masa kurang tiga bulan dan 100 peratus daripada pesakit paediatrik menjalani pembedahan pengeluaran cairan celebrospinal (CSF) dengan selamat oleh neurosurgeon.
"Hari ini, semasa membuat semakan statistik bagi HSA, saya berbangga dengan hospital luar biasa dan berketahanan ini," kata Dr Noor Hisham.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Sep 03 2017
Hospital Sultanah Aminah ialah antara hospital terbaik di Malaysia, kata Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah. -Gambar fail
Agong tunai Solat Jumaat, dengar khutbah khas
Keberangkatan tiba Seri Paduka Baginda pukul 1 tengah hari disambut Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin bersama Panglima Angkatan Tentera Jen Tan Sri Mohammad Ab Rahman.
PRK Mahkota: Isu sijil halal tidak jejas kerjasama UMNO, DAP - Kor Ming
Pergeseran berkaitan isu pensijilan halal tidak sesekali menggugat persefahaman antara UMNO dan DAP, yang kini bersama dalam Kerajaan Perpaduan.
Hujan lebat di utara semenanjung boleh cetus risiko kepala air
MetMalaysia memberikan saranan itu susulan banyak aktiviti perkelahan di tempat berisiko selalu berlaku pada musim cuti sekolah.
SPRM tahan 37 pegawai penguat kuasa, bawa masuk warga asing
Kesemua suspek ditahan menerusi Op Pump 2.0 yang dijalankan di sekitar Kuala Lumpur, Kelantan, Selangor, Negeri Sembilan, Pahang dan Johor semalam.
AWANI Borneo [13/09/2024] - Perkasa kuasa Speaker | Tenaga tanpa wayar | Hari Malaysia 2024
Tumpuan Awani Borneo 13 September 2024 bersama Syaff Shukri
1. DUN Sarawak: Peraturan mesyuarat akan dipinda bagi masukkan elemen media sosial
2. Sarawak kaji guna teknologi pemindahan tenaga tanpa wayar
3. Hari Malaysia pengiktirafan kepada identiti bangsa berbilang kaum dan agama
1. DUN Sarawak: Peraturan mesyuarat akan dipinda bagi masukkan elemen media sosial
2. Sarawak kaji guna teknologi pemindahan tenaga tanpa wayar
3. Hari Malaysia pengiktirafan kepada identiti bangsa berbilang kaum dan agama
Pembantu kedai makan ditahan rogol nenek berusia 71 tahun di Cyberjaya
Polis menahan seorang lelaki berusia 25 tahun selepas dipercayai merogol dan menyamun seorang nenek berusia 71 tahun di tangga berhampiran lif sebuah apartment di Cyberjaya.
'Biarlah dia seorang sahaja yang kuat' - Anwar enggan layan kenyataan Abdul Hadi
Anwar berkata demikian sebagai reaksi terhadap kenyataan Ahli Parlimen Marang itu yang mendakwa pemimpin bukan Islam dalam Kerajaan Perpaduan sebagai 'naik kepala'.
Liga Premier tidak akan dikembalikan tahun depan - Rossi
Harapan peminat bola sepak negara untuk melihat kembali saingan Liga Premier seawal musim depan tidak akan menjadi kenyataan dalam masa terdekat kerana kesuntukan masa.
Calon PM: Saya tak sedia, tak bercita-cita - Sanusi
Muhammad Sanusi meminta agar mencari orang lain, selain menegaskan dirinya orang parti yang hanya akan mengikut arahan kepimpinan.
Latihan 'Ex Buazo 2024' persediaan hadapi bencana udara
objektif utama latihan dua hari itu bagi menguji peranan semua agensi dalam menangani sebarang bencana udara di persekitaran lapangan terbang seperti termaktub dalam pelan kecemasan Aerodrom Lapangan Terbang Sandakan dan Transisi Respon Majlis Keselamatan Negara.
Jangkitan novel koronavirus di Jepun 96 orang
Enam kes baharu jangkitan novel koronavirus dilaporkan di atas kapal persiaran Diamond Princess, di pelabuhan Yokohama, Jepun pada Ahad.
Ambulans bawa wanita mengandung dirempuh SUV
Seorang wanita mengandung berhadapan detik cemas selepas ambulans yang mengejarnya ke Hospital Umum Sarawak terbalik, selepas dirempuh sebuah SUV di Kuching, pagi Selasa.