Hospital Tuanku Ja'afar nafi lantik individu urus sumbangan bantu petugas barisan hadapan
Najmi Syahiran Mamat
April 6, 2020 11:25 MYT
April 6, 2020 11:25 MYT
Pihak Hospital Tuanku Ja’afar Seremban (HTJS) menafikan pernah melantik individu untuk mengurus sumbangan bagi membantu seramai lebih 150 orang petugas barisan hadapan di hospital berkenaan.
Pihak HTJS dalam kenyataan dikeluarkan Kementerian Komunikasi dan Multimedia, turut menafikan dakwaan melantik wakil bagi memohon sumbangan untuk membeli barang keperluan harian untuk diagihkan kepada pesakit COVID-19.
Dalam pada itu, kenyataan itu turut menyebut, Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Melaka menafikan pernah melantik mana-mana pihak untuk memohon sumbangan untuk bantuan pesakit COVID-19.
“JKN Melaka tidak pernah melantik mana-mana pihak untuk memohon sumbangan melalui Kempen ‘Wakaf Bantal Leyna’ bertujuan membeli bantal untuk diberikan kepada pesakit COVID-19 di Wad Isolasi di Hospital Besar Melaka,” katanya.
Sementara itu, Kementerian Kesihatan (KKM) menafikan dakwaan bahawa Hospital Kuala Lumpur (HKL) mengosongkan kesemua wad untuk menempatkan seramai 750 pesakit positif COVID-19 pada Isnin.
Selain itu, Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) Malaysia menafikan pihaknya pernah menerbitkan sebarang video dan audio bertajuk ‘Pesanan Buat Pemohon Bantuan Prihatin Nasional’.
#berita palsu
#COVID19
#Hospital Tuanku Ja afar Seremban HTJS
#Jabatan Kesihatan Negeri JKN Melaka
#Kementerian Kesihatan
#KKM
#KKMM
#koronavirus
#LHDN
#pandemik
#Semak Fakta
#SemakFakta