Hospital Tampin terima panggilan ancaman bom - Bomba

Bernama
Disember 14, 2018 10:38 MYT
Polis sedang membuat pemeriksaan manakala pesakit hospital berkenaan sedang dipindahkan ke kawasan selamat. - Google Maps
Hospital Tampin awal pagi ini menerima satu panggilan ancaman bom di kawasan berkenaan daripada individu yang tidak dikenali.
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Sembilan Norazam Khamis yang mengesahkan perkara itu berkata seramai sembilan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Tampin dikerahkan ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan kecemasan daripada pejabat Pegawai Daerah Tampin pada 6.50 pagi.
Katanya, polis sedang membuat pemeriksaan manakala pesakit hospital berkenaan sedang dipindahkan ke kawasan selamat.
"Saya juga sedang ke sana untuk memantau kejadian," kata Norazam ketika dihubungi di sini.
Setakat berita ini ditulis, belum ada apa-apa pengesahan daripada polis tentang kejadian itu. - Bernama

Early this morning, the Tampin Hospital received a bomb threat through a phone call made by an anonymous caller. Negeri Sembilan Fire and Rescue Department director Norazam Khamis confirmed the... https://t.co/7VNGNHzU6q

— Noor Hisham Abdullah (@DGHisham) December 14, 2018
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#ancaman bom #bomba #Hospital Tampin #panggilan
;