Hospital Taiping kumpul 167 paket darah dalam kempen bergerak

Bernama
Disember 26, 2016 14:59 MYT
Kebanyakan bekalan darah diperoleh daripada penderma tegar bagi mengatasi kekurangan bekalan di hospital berkenaan yang agak ketara. - Gambar fail
Tabung Darah Hospital Taiping mengumpul 167 paket darah menerusi kempen bergerak sejak Sabtu lalu.
Pegawai Penerangan Unit Transfusi Hospital Taiping, Dzulkarnain Daman Huri berkata sebanyak 54 paket darah diperoleh pada kempen di Parit Buntar manakala bakinya dikumpul semasa kempen di bandar ini.
"Jumlah bekalan darah itu dijangka bertambah pada akhir kempan pada petang ini," katanya.
Beliau berkata kebanyakan bekalan darah diperoleh daripada penderma tegar bagi mengatasi kekurangan bekalan di hospital berkenaan yang agak ketara.
Menurutnya individu yang banyak menderma darah akan menikmati pelbagai ganjaran antaranya diberikan rawatan percuma di sebarang wad di hospital berkenaan.
Tambahnya individu yang ingin menderma darah boleh datang ke Tabung Darah Hospital Taiping pada waktu pejabat dari Isnin hingga Jumaat.
-- BERNAMA
#derma darah #Hospital Taiping #kempen begerak #paket darah
;