Hospital KPJ Seremban nafi terima pesakit koronavirus
Fareez Azman
Januari 26, 2020 16:57 MYT
Januari 26, 2020 16:57 MYT
Hospital Pakar KPJ Seremban, Negeri Sembilan menafikan pusat perubatan berkenaan menerima pesakit yang terkena wabak koronavirus seperti yang tular di laman sosial pada Ahad.
Foto yang tular itu antara lain menunjukkan satu hasil laporan perubatan daripada makmal hospital berkenaan mengesan koronavirus pada pesakit berkenaan.
Turut tertera, tarikh laporan itu dikeluarkan pada Sabtu.
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ketika ini mengesahkan empat warga China yang memasuki Malaysia melalui Johor dari Singapura disahkan positif koronavirus.
BACA: Angka korban koronavirus di China meningkat kepada 56 orang
#China
#Hospital
#Kementerian Kesihatan
#KKM
#koronavirus
#laman sosial
#nCoV
#penyakit
#Seremban
#Tular