PUTRAJAYA: Susulan peningkatan jumlah pesakit COVID-19 yang dirawat di unit rawatan rapi (ICU), hospital di seluruh negara diarah bersiap siaga menghadapi segala kemungkinan situasi di luar jangka, lapor Sinar Harian pada Jumaat.
Menerusi surat ditandatangani Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah yang bertarikh 7 Mei kepada semua pengarah kesihatan negeri menyatakan negara merekodkan 500 kes di ICU tertinggi sejak pandemik COVID-19 melanda negara.
"Sebanyak 22 hospital Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mencatatkan penggunaan katil melebihi 70 peratus dan ada yang mencapai lebih 90 peratus penggunaan," katanya.
Menurutnya, beberapa hospital bukan COVID-19 juga terpaksa merawat pesakit COVID-19 yang memerlukan bantuan pernafasan di wad biasa.
"Selain itu, ada hospital terpaksa berdepan dengan masalah apabila kakitangan mereka dikuarantin, seterusnya menyukarkan lagi usaha untuk meningkatkan kapasiti di ICU," katanya.
Beliau berkata, situasi berkenaan adalah membimbangkan.
"Selain meningkatkan langkah-langkah pencegahan dalam komuniti, setiap negeri perlu meningkatkan kesiapsiagaan hospital bagi menghadapi sebarang kemungkinan dan situasi di luar jangka," katanya.
Terdapat 10 langkah yang perlu diambil antaranya menangguhkan pembedahan dan prosedur elektif di hospital KKM.
"Penangguhan ini bagi membolehkan lebih banyak katil diagihkan kepada pesakit COVID-19 termasuk ICU," katanya.
Hospital dan jabatan kesihatan negeri (JKN) turut diarah untuk mengenal pasti lebih banyak ruang atau wad di dalam hospital yang boleh ditukar fungsi bagi menambah bilangan katil sedia ada.
"Ini terpaksa dilakukan bagi meningkatkan kapasiti ICU yang semakin sesak," katanya.
Selain itu, anggota yang baru dilantik secara kontrak atau baru ditempatkan di ICU perlu diberi latihan singkat dan pantas bagi memenuhi keperluan mendesak.
"Hospital bukan COVID-19 perlu bersedia menerima lebih banyak rujukan daripada hospital COVID-19 termasuk kes akut.
"Pakar dan anggota berkaitan boleh ditempatkan secara sementara di hospital bukan COVID-19 termasuk hospital tanpa pakar," katanya.
Pelaksanaan pelan kesiapsiagaan hospital yang digariskan perlu dilapor dari masa ke masa.
KKM menerima 506 kemasukan ke wad ICU di seluruh negara termasuk 372 kes yang dikesan positif COVID-19.
Kes positif COVID-19 dilaporkan adalah 4,498 dan 22 kematian.
Sinar Harian sedang menunggu maklum balas Dr Noor Hisham berhubung surat berkenaan yang kini tular di laman sosial dan aplikasi WhatsApp.
Sinar Harian
Fri May 07 2021
Beberapa hospital bukan COVID-19 juga dikatakan terpaksa merawat pesakit COVID-19 yang memerlukan bantuan pernafasan di wad biasa. - Gambar hiasan
Penambahbaikan jejantas di Petagas dilaksanakan berperingkat
Penambahbaikan jejantas di kawasan Petagas, Putatan akan segera dilaksana secara berperingkat dalam memaksimakan aspek keselamatan para penduduk setempat.
Loji baharu siap April 2025 bantu selesaikan masalah di Putatan
Timbalan Ketua Menteri yang merangkap Menteri Kerja Raya Sabah, Datuk Shahelmey Yahya memberi jaminan pembinaan loji baru dapat menyelesaikan masalah bekalan air di kawasan putatan secara menyeluruh.
Pengunjung luar negara teruja rasai keunikan masyarakat Bajau
Sambutan pesta Regatta Lepa 2024 Semporna memberi pengalaman cukup luar biasa buat pengunjung dalam dan luar negara.
Penduduk Putatan rayu masalah air diselesaikan segera
Penduduk Putatan, Sabah mengeluh bekalan air di kawasan mereka terputusa sehingga berhari-hari dan rayu masalah itu diselesaikan segera.
RM127 juta diperuntuk bagi pembangunan pendidikan
Sebanyak RM127 juta ringgit diperuntukkan bagi pembangunan pendidikan dan modal insan di Sabah menerusi Belanjawan Sabah 2025.
SFC sahkan penemuan bangkai ikan paus di Triso
Sarawak Forestry Corporation (SFC) mengesahkan penemuan bangkai ikan paus berhampiran Jambatan Triso
Rumah atas air roboh, sembilan sekeluarga diselamatkan
Sembilan penduduk di Kampung Air Semporna berdepan detik cemas selepas rumah atas air mereka roboh pada Sabtu.
PPM tumpaskan 7,103 kes jenayah, rampasan bernilai RM210 juta
Pasukan Polis Marin (PPM) telah menumpaskan 7,103 kes jenayah yang dilakukan di perairan Malaysia tahun ini sehingga 31 Oktober 2024.
Peruntukan kepada negeri sentiasa dipertingkatkan - Anwar
Kerajaan MADANI mengambil berat kepentingan rakyat di semua negeri walaupun ia ditadbir oleh pembangkang, dan telah bertindak meningkatkan peruntukan yang diterima mereka.
Amaran ribut petir, hujan lebat di 11 negeri, KL, Putrajaya
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di 11 negeri, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya hingga 9 malam ini.
Dasar ekonomi Trump boleh tambah RM19.7 bilion kepada KDNK Malaysia - Juwai IQI
Dasar ekonomi Donald Trump dijangka memberi kesan besar ke atas ekonomi Malaysia, dengan unjuran menunjukkan cara Presiden AS itu boleh menyumbang RM19.7 bilion kepada KDNK negara.
Jabatan Kesihatan Kelantan rekod tiga kematian akibat denggi
Sebanyak tiga kematian direkodkan akibat demam denggi di Kelantan setakat 9 Nov lepas, kata Pengarah Jabatan Kesihatan Kelantan Datuk Dr Zaini Hussin.
Pertumbuhan ASEAN diunjur kukuh pada 4.6 peratus - IMF
Pertumbuhan bagi negara anggota ASEAN diunjur pada 4.6 peratus pada 2024 dan pada 4.7 peratus pada 2025, sebahagian besarnya disokong oleh permintaan domestik dan eksport yang kukuh.
IATA gesa Thailand perkukuh sektor penerbangan
Potensi penerbangan Thailand adalah menggalakkan dengan jumlah penumpang dijangka mencatat kadar pertumbuhan tahunan kompaun sebanyak 3.88 peratus dari 2024 hingga 2043.
Wanita kreatif hasilkan seni bingkai pokok duit, kebaya dan ranting
Minat atau hobi terhadap bidang seni boleh membuahkan karya yang bukan sahaja unik serta menakjubkan tetapi juga boleh menjadi sumber kewangan.
Mahkamah arah Qantas bayar pampasan kepada 1,700 pekerja yang dipecat secara tidak sah
Syarikat penerbangan terbesar Australia, Qantas, diperintahkan membayar pampasan yang besar kepada 1,700 pekerja yang dipecat secara tidak sah semasa pandemik COVID-19.
Laporan PBB: Kemiskinan tegar dunia meningkat pertama kali dalam tempoh 20 tahun
Dunia menyaksikan peningkatan kemiskinan tegar buat pertama kali dalam tempoh 20 tahun dan ketidaksamaan meningkat dengan ketara serta kekal tinggi.
Kerajaan Sarawak belanja RM601 juta untuk 17 projek pembaharuan bandar - Awang Tengah
Kerajaan Negeri memperuntukkan RM601 juta di bawah Rancangan Malaysia ke-12 (RMK12) bagi melaksanakan 17 projek Pembaharuan Bandar di Sarawak.
COVID 19: Peniaga bebas, lepas tuduhan sebar berita palsu
COVID 19: PENIAGA BEBAS, LEPAS TUDUHAN SEBAR BERITA PALSU
Persidangan Kesejahteraan Mental dan Pemerkasaan Wanita bertujuan tingkat kesedaran - Nancy
Persidangan Antarabangsa mengenai Kesejahteraan Mental dan Pemerkasaan Wanita Khamis ini bertujuan meningkatkan kesedaran.