Honduras panggil pulang duta di Israel untuk rundingan

Bernama
November 4, 2023 11:15 MYT
Menteri Luar Honduras Enrique Reina berdiri ketika lagu kebangsaan dimainkan semasa upacara di Beijing, 26 Mac 2023. - Gambar fail AP
BOGOTA: Honduras pada Jumaat memanggil pulang dutanya di Tel Aviv untuk rundingan berikutan serangan berterusan Israel di Semenanjung Gaza.
Menteri Luar Enrique Reina menerusi hantaran di X berkata Roberto Martinez dipanggil berikutan situasi kemanusiaan serius yang dihadapi oleh penduduk Palestin di Semenanjung Gaza, lapor Agensi Anadolu.
Desakan untuk gencatan senjata segera dibuat kepada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dalam satu kenyataan Kementerian Luar pada Khamis.
Hak asasi manusia mesti dihormati dalam semua keadaan.
Krisis kemanusiaan yang dahsyat sedang berlaku di Semenanjung Gaza memberi kesan buruk kepada orang awam, terutamanya kanak-kanak, katanya.
Negara-negara Amerika Selatan mengambil beberapa tindakan diplomatik membantah serangan Israel ke atas Gaza.
Presiden Colombia, Gustavo Petro dan Presiden Chile, Gabriel Boric juga memanggil pulang duta masing-masing dari Tel Aviv.
Sementara itu, jurucakap presiden Bolivia, Maria Nela Prada dan Timbalan Menteri Luar Negeri, Freddy Mamani mengumumkan keputusan untuk memutuskan hubungan dengan Israel dalam satu sidang media bersama pada Selasa.
-- BERNAMA
#Honduras #Roberto Martinez #Gaza #panggil pulang duta
;