#HomophobicMalaya, jadi bahan jenaka di media sosial
Astro Awani
November 23, 2014 07:48 MYT
November 23, 2014 07:48 MYT
#HomophobicMalaya: Ramai yang kritik kempen pergerakan 'underground' ini dan anggap ia sebagai tidak masuk akal.
Satu pergerakan yang kononnya mewakili kumpulan 'underground' kini sedang giat mencari sokongan bagi kempen yang dikenali sebagai #HomophobicMalaya. Ia merupakan satu gerakan menentang golongan lesbian, gay, bisexual dan transgender (LGBT).
Tweet pertama dimuat naik pada 20 November oleh seseorang yang dikenali sebagai Masmona (@MaslianaKizuna). Ia turut menerima 763 ‘retweet’ dan 185 ‘Favorite’.
Ia mula menjadi perbualan orang ramai di timeline media sosial Malaysia.
Namun, ramai yang mengkritik kempen ini yang antaranya berkata ia adalah publisiti murahan dan mereka sendiri tidak menyokong kumpulan ‘skinhead’ dan ‘metal’.
Beberapa pengguna media sosial turut anggap kempen ini sebagai lucu dan tidak masuk akal:
Ada yang mahukan kempen ini dihentikan:
Suara yang menyokong kempen ini di Twitter begitu sikit. Namun ia tidak menghentikan pengasas kempen ini untuk terus bersuara:
Apa pendapat anda tentang kempen ini? Adakah ini cara terbaik untuk menanggani isu LGBT?