HKL nafi pesakit COVID-19 melarikan diri

Bernama
April 11, 2020 23:23 MYT
Pada Sabtu, tular di Twitter mengatakan seorang pesakit COVID-19 lari dari HKL pada pukul 1.10 tengah hari. --fotoBERNAMA/Hiasan
Hospital Kuala Lumpur (HKL) pada Sabtu menafikan penyebaran berita mengenai seorang pesakit COVID-19 telah melarikan diri dari hospital berkenaan pada tengah hari semalam.
Unit Komunikasi Korporat hospital itu menerusi satu kenyataan menjelaskan, individu yang dikatakan lari seperti yang tular di Twitter sejak petang Sabtu itu adalah pesakit Severe Acute Respiratory Infection (SARI).
"Menurut butiran, pesakit berusia 47 tahun itu telah melarikan dari HKL dengan berpakaian hospital jalur biru/putih," jelas kenyataan itu.
Terdahulu, tular di Twitter yang mengatakan pesakit COVID-19 lari dari HKL pada pukul 1.10 tengah hari Sabtu.
-- BERNAMA
#berpakaian hospital #COVID-19 #HKL #lari #melarikan diri #nafi #pesakit #SARI #Tular #Twitter