Hishammuddin mohon rakyat beri peluang dan doa

Fauzi Suhaimi
Mac 9, 2020 18:50 MYT
Hishamuddin berkata, lantikan tersebut tidak dianggap sebagai satu keistimewaan, sebaliknya merupakan amanah besar yang perlu digalas. - Gambar fail/Astro AWANI/Shahir Omar
Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein menzahirkan penghargaan kepada Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin atas kepercayaan beliau melantiknya sebagai Menteri Luar yang baharu.
Beliau berkata, lantikan tersebut tidak dianggap sebagai satu keistimewaan, sebaliknya merupakan amanah besar yang perlu digalas.
"Saya tidak anggap lantikan ini sebagai satu keistimewaan, sebaliknya ia satu amanah besar yang perlu saya galas dengan sedaya upaya saya.
"InsyaAllah, kepentingan negara akan terus saya utamakan. Saya mohon rakyat beri peluang dan doakan, semoga segala urusan dipermudahkan," katanya menerusi satu hantaran dalam akaun Twitter miliknya pada Isnin.

Saya hargai kepercayaan YAB PM melantik sy selaku Menteri Luar Negeri @MalaysiaMFA. Lantikan ini bukan satu keistimewaan, sebaliknya satu amanah besar yang perlu saya galas sebaiknya. InsyaAllah, kepentingan negara akan terus saya utamakan. Moga segalanya dipermudahkan Allah SWT

— Hishammuddin Hussein (@HishammuddinH2O) March 9, 2020
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
BACA: Saya tekad beri perkhidmatan terbaik demi negara - Tengku Zafrul
BACA: Azmin dilantik menteri kanan
Hishammuddin antara 30 jemaah menteri yang dilantik menerusi pembentukan kerajaan Perikatan Nasional selepas Pakatan Harapan (PH) hilang majoriti ahli Dewan Rakyat dalam krisis politik yang berlaku sejak Februari lalu.
#Dewan Rakyat #Hishammuddin Hussein #jemaah menteri #kabinet #Kabinet Bekerja #kabinet malaysia #kerajaan #Malaysia #Malaysia2020 #Muhyiddin Yassin #Pakatan Harapan #Perdana Menteri #Twitter
;