Hishammuddin bidas Locsin berhubung 'tweet' kontroversi

Fauzi Suhaimi
Julai 29, 2020 22:45 MYT
Hishammuddin (gambar) mengarahkan Wisma Putra memanggil Duta Filipina ke Malaysia pada Isnin untuk menjelaskan isu tersebut. - Gambar fail
Menteri Luar Datuk Seri Hishammuddin Hussein membidas Setiausaha Luar Filipina Teodoro Locsin Jr berhubung kenyataan kontroversinya mengenai Sabah baru-baru ini.
Hishammuddin menerusi satu ciapan di akaun Twitter miliknya menyifatkan kenyataan Locsin itu sebagai tidak bertanggungjawab dan boleh menjejaskan hubungan dua hala di antara kedua-dua negara.
Sehubungan itu, beliau mengarahkan Wisma Putra memanggil Duta Filipina ke Malaysia, Charles C. Jose pada Isnin untuk menjelaskan isu tersebut.
“Sabah merupakan dan akan sentiasa menjadi sebahagian daripada Malaysia,” tegasnya.

Sabah is not in Malaysia if you want to have anything to do with the Philippines. https://t.co/dWZs1gsndE

— Teddy Locsin Jr. (@teddyboylocsin) July 27, 2020
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Ahad lepas Locsin membuat hantaran “Sabah is not in Malaysia if you want to have anything to do with the Philippines”. (Sabah bukan sebahagian daripada Malaysia jika anda ingin berurusan dengan Filipina).

This is an irresponsible statement that affects bilateral ties. @MalaysiaMFA will summon the Philippines Ambassador on Monday to explain. Sabah is, and will always be, part of Malaysia. https://t.co/KcUnDxOySl

— Hishammuddin Hussein (@HishammuddinH2O) July 29, 2020
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Beliau membuat kenyataan itu sebagai maklum balas kepada hantaran Twitter Kedutaan Amerika Syarikat di Filipina berkenaan sumbangan 500 kit kebersihan diri kepada rakyat Filipina yang dihantar pulang oleh Sabah dan tiba di Zamboanga City dan Bongao di Tawi Tawi.
#Amerika Syarikat #Charles C Jose #duta #Filipina #Hishammuddin Hussein #Hubungan dua hala #kontroversi #Malaysia #menteri #rakyat #Sabah #Sabah is not in Malaysia #Setiausaha Luar Filipina #Teodoro Locsin Jr #Tweet #Twitter #Wisma Putra