Hina rakyat Kelantan, NGO buat laporan polis terhadap Caprice
Asyraf Roslan
Ogos 19, 2019 12:15 MYT
Ogos 19, 2019 12:15 MYT
Kumpulan Anak Kelantan Prihatin kesal dengan dakwaan penyanyi Ariz Ramli atau Caprice yang mengatakan negeri itu mencatat angka terbanyak mempunyai masalah dadah, pembuangan bayi dan pedofil.
Jurucakapnya Norlida Daud berkata, perbuatan berkenaan menunjukkan ianya kenyataan ego Caprice selaku seorang artis tempatan dan menyinggung rakyat negeri itu.
"Saya ada melihat rakaman penyiaran video Caprice itu dibuat di laman sosial Instagramnya apabila mengkritik kehadiran begitu ramai penceramah bebas, Dr Zakir Naik di Stadium Sultan Muhammad IV di Kota Bharu, Kelantan.
"Saya bersama beberapa anak Kelantan yang kini berada di Lembah Klang telah membuat laporan polis terhadap Caprice kerana kenyataannya menghina rakyat Kelantan yang secara tiba-tiba tahu berbahasa Inggeris.
"Kenyataan artis berkenaan jelas telah menyinggung kami sebagai rakyat Kelantan, dan perbuatan berkenaan jelas adalah kenyataan ego beliau selaku seorang artis tempatan," katanya dalam satu kenyataan di sini, pada Isnin.
Jelasnya, laporan polis telah dibuat di Ibu Pejabat Polis Petaling Jaya pada petang Ahad (18 Ogos) dan dikuti oleh beberapa individu dari Kelantan secara berasingan.
Dalam pada itu tegas Norlida, salinan video berkenaan juga telah dimuat naik oleh di laman media sosial, Instagram.
#Anak Kelantan
#Berita Nasional
#Caprice
#Insta Story
#Kumpulan Anak Kelantan
#penghinaan
#video
#Zakir Naik