Hina petugas Hospital Putrajaya, Azwan Ali didenda RM17,000

Sinar Harian
Mac 27, 2020 14:07 MYT
Azwan Ali mengaku bersalah atas pertuduhan menghina petugas Hospital Putrajaya. - Gambar fail
Selebriti Azwan Ali atau lebih dikenali sebagai Diva AA didenda RM17,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini pada Jumaat atas kesalahan menghina petugas Kementerian Kesihatan (KKM) yang bertugas di Hospital Putrajaya.
Azwan mengaku bersalah selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan jurubahasa Mahkamah di hadapan Hakim Azura Alwi.
Tertuduh didakwa atas pertuduhan sengaja menghina petugas berkenaan dengan memuat naik video yang menjejaskan imej hospital itu dan kredibiliti kakitangan serta pegawai perubatan dalam mengendalikan COVID-19.
Dia didakwa mengikut Seksyen 233 (1) (a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 yang boleh dihukum mengikut Seksyen 233(3) akta sama, memperuntukkan hukuman penjara maksimum setahun atau denda atau kedua-duanya.
#Azwan Ali #Diva AA #Hospital #KKM #mahkamah #Putrajaya
;