Hina pelajar B40: Facebook rasmi UiTM jadi sasaran warga maya

Sinar Harian
Mac 30, 2022 10:50 MYT
Selain menuntut penjelasan, mereka juga menggesa tindakan diambil terhadap pensyarah berkenaan. -Gambar fail/video tular
LAMAN Facebook rasmi milik Universiti Teknologi MARA (UiTM) menjadi sasaran warga maya melepaskan kemarahan susulan tular rakaman pensyarah yang didakwa menghina pelajar golongan B40.
Tinjauan Sinar Harian mendapati setiap hantaran yang dimuat naik universiti terbabit menerima kecaman warganet.
Selain menuntut pengurusan UiTM memberi penjelasan, mereka juga menggesa tindakan diambil terhadap pensyarah berkenaan.
Sinar Harian juga sedang mendapatkan maklum balas daripada Kementerian Pengajian Tinggi berhubung perkara tersebut.
Awal pagi ini, tular rakaman video pensyarah melepaskan kemarahan terhadap salah seorang mahasiswa semester lima yang tidak mempunyai komputer bagi membolehkan tugasan dilaksanakan.
*Berita asal di Sinar Harian
#pensyarah #hina B40 #facebook UiTM #warga maya lepaskan kemarahan
;