Himpunan solidariti: Kertas siasatan telah dirujuk ke TPR semalam - Polis

Bernama
Oktober 3, 2024 15:50 MYT
Mohamad Lazim berkata pihaknya kini menunggu keputusan TPR untuk tindakan selanjutnya. - Gambar fail/Bernama
KUALA LUMPUR: Polis telah melengkapkan siasatan berhubung perhimpunan solidariti yang diadakan di Kedutaan Amerika Syarikat dan kertas siasatan berkenaan telah diserahkan kepada Timbalan Pendakwa Raya (TPR) semalam.
Ketua Polis Daerah Wang Maju ACP Mohamad Lazim Ismail ketika dihubungi hari ini berkata pihaknya kini menunggu keputusan TPR untuk tindakan selanjutnya.
Semalam, Bernama melaporkan polis telah merakam keterangan tujuh individu termasuk penganjur perhimpunan solidariti itu bagi membantu siasatan.
Mohamad Lazim sebelum ini dilapor berkata satu kertas siasatan telah dibuka mengikut Seksyen 9 (5) Akta Perhimpunan Aman 2012 berhubung perhimpunan solidariti yang tidak mematuhi peruntukan undang-undang yang diadakan di Kedutaan Amerika Syarikat di sini Isnin lepas.
-- BERNAMA
#perhimpunan solidariti #Kedutaan Amerika Syarikat #ertas siasatan #Timbalan Pendakwa Raya
;