Himpunan guling kerajaan dilihat gagal - Pemuda UMNO Kedah
Astro Awani
Januari 5, 2014 18:31 MYT
Januari 5, 2014 18:31 MYT
Perhimpunan haram guling kerajaan pada 31 Disember lalu dilihat sebagai gagal.
Perhimpunan yang bertujuan membantah kenaikan harga barangan gagal mendapat sambutan malah mencemarkan imej negara pada sambutan malam tahun baru lepas.
Mengulas isu himpunan guling kerajaan, Ketua Pemuda UMNO Negeri Kedah, Datuk Shaiful Hazizy berpendapat, perhimpunan itu disifatkan sebagai satu tindakan yang boleh mengancam keselamatan negara.
Apa yang pasti, perhimpunan haram itu bertujuan mencemarkan nama baik negara dengan harapan ada suara-suara antarabangsa yang akan mengutuk kepimpinan negara.
Klik pada video untuk berita sepenuhnya.