Himpunan 812: Peserta berkerusi roda gigih walau baru jalani pembedahan

Firdaus Alauddin
Disember 8, 2018 09:43 MYT
Walaupun baharu saja menjalani pembedahan, tetapi dia tetap komited untuk hadir ke Himpunan 812. - Foto Astro AWANI
Semangat kental!
Walau berkerusi roda, ia tidak mematahkan semangat peserta ke Perhimpunan kesyukuran atas keputusan kerajaan menolak ratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) pada Sabtu.
Menurut Nurin Izzati Mohd Rosli, 26 tahun, walaupun beliau telah menjalani pembedahan baru baru ini, tetapi dia tetap komited untuk hadir ke Himpunan 812 yang diadakan di beberapa lokasi di sekitar ibu negara.
"Alhamdulillah saya diberi kesempatan untuk hadir hari ini," katanya kepada Astro AWANI.
BACA: LAPOR LANGSUNG: 'Lautan putih' di Dataran Merdeka
Sementara itu, pengunjung turut berkongsi pendapat mereka berhubung perhimpunan ini yang dianggap sebagai medan kesyukuran mereka atas usaha kerajaan dalam mendengar suara mereka.
#Dataran Merdeka #Daulat 812 #Himpunan 812 #himpunan ICERD #ICERD #Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskr #Perhimpunan Kesyukuran Penolakan ICERD