Hilang sejak Isnin, di mana Nurul Fatihah?

Sinar Harian
Julai 18, 2024 07:30 MYT
Nurul Fatihah Abdullah dilaporkan hilang sejak Isnin.
PETALING JAYA: Seorang remaja perempuan berusia 15 tahun, Nurul Fatihah Abdullah dilaporkan hilang sejak Isnin.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu pada Rabu, jam 8.40 malam.
Beliau berkata, kali terakhir gadis tersebut berada di rumah pada Isnin, jam 5.30 petang di alamat Jalan PJU 7/8, Desa Temuan Damansara Perdana, di sini.
"Remaja perempuan ini mempunyai ketinggian 170 sentimeter, berkulit hitam manis, anak mata berwarna coklat serta bibir nipis.
"Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan mangsa diminta tampil ke balai polis berhampiran atau menghubungi bilik gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya di talian 03-79662222," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis. - Sinar Harian
#Nurul Fatihah #remaja hilang #laporan polis #Desa Temuan