Hilang RM24.2 juta dalam akaun, lapan termasuk empat pegawai bank ditahan

Afiezy Azaman
Jun 18, 2024 18:01 MYT
Ramli berkata, kesemua suspek terbabit ditahan dari 13 Jun hingga semalam. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Seramai lapan individu termasuk empat pegawai bank diberkas polis selepas disyaki bersubahat dengan sindiket bagi mengeluarkan wang RM24.2 juta daripada beberapa akaun simpanan.

Ringkasan AI
  • Polis menahan lapan individu, termasuk empat pegawai bank, yang disyaki bersubahat dengan sindiket untuk mengeluarkan RM24.2 juta dari beberapa akaun simpanan.
  • Penahanan dilakukan dari 13 Jun hingga semalam, melibatkan lima lelaki dan tiga wanita berusia 26 hingga 53 tahun, dengan tujuh ditahan di Sabah dan satu di Perlis.
  • Kesemua suspek sedang direman sehingga 21 Jun dan kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Menurut Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf, kesemua mereka ditahan dari 13 Jun hingga semalam.
"Seramai lapan individu warga tempatan terdiri daripada lima lelaki dan tiga wanita berusia 26 hingga 53 tahun telah ditahan bagi membantu siasatan.
"Tujuh daripadanya telah ditahan di Sabah dan satu di Perlis.
"Empat daripada mereka yang ditahan adalah kakitangan bank berkaitan," katanya dalam satu kenyataan, pada Selasa.
Sabtu lalu, polis menahan seorang kakitangan bank yang disyaki terbabit dalam kes kehilangan wang daripada empat akaun simpanan tetap membabitkan kerugian RM24.2 juta.
Mengulas lanjut, Ramli berkata, kesemua yang ditahan sedang direman sehingga 21 Jun ini.
Kes sedang disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan.
#pegawai bank #punca kejadian #wang hilang dalam akaun #polis
;