Hilang pekerjaan antara kerisauan paling tinggi rakyat - EMIR Research
Fareez Azman
November 16, 2020 15:52 MYT
November 16, 2020 15:52 MYT
KUALA LUMPUR: Hilang pekerjaan, jangkitan COVID-19 serta kualiti pendidikan antara tujuh perkara yang menjadi kerisauan rakyat Malaysia dalam hasil penyelidikan EMIR Research pada suku ketiga tahun ini.
"Kajian mendapati kehilangan pekerjaan adalah kerisauan tertinggi iaitu sebanyak 85 peratus, ancaman jangkitan COVID-19 berpunca dari pendatang asing tanpa izin pula 81 peratus, manakala kualiti pendidikan berasaskan dalam talian 80 peratus disebabkan kekurangan fasiliti internet di rumah.
"Manakala kekurangan pendapatan 80 peratus serta kualiti sektor kesihatan awam susulan penularan COVID-19 pula 75 peratus. Tidak terlepas kerisauan terhadap gangguan mental pula sebanyak 72 peratus," jelas hasil kajian itu yang melibatkan 2,096 responden.
Statistik kajian bagi penduduk Bumiputera Sabah dan Sarawak turut menunjukkan kehilangan pekerjaan kerisauan paling tinggi pada 95 peratus. Ancaman jangkitan COVID-19 dibawa oleh pendatang asing tanpa izin pada tahap 94 peratus.
"Hasil kajian mendapati lebih daripada 90 peratus penduduk Bumiputera Sabah dan Sarawak menunjukkan empat perkara paling dirisaukan berkaitan pandemik. 95 peratus risau kehilangan pekerjaan, diikuti ancaman jangkitan COVID-19 oleh pendatang asing tanpa izin pada tahap 94 peratus.
"Kekurangan punca pendapatan 93 peratus dan kualiti pendidikan pada 91 peratus," jelas hasil kajian itu.
Kajian juga mendapati, penduduk bandar lebih menunjukkan kerisauan tinggi berkaitan masalah mental sebanyak 75 peratus, berbanding penduduk di kawasan luar bandar hanya 64 peratus.
Bagi golongan berpendidikan tinggi turut menunjukkan hasil yang sama iaitu 78 peratus risau berkenaan masalah mental manakala 66 peratus bagi golongan kurang berpendidikan sebanyak 66 peratus.
#Bumiputera
#COVID-19
#pandemik
#pendidikan
#rakyat Malaysia
#Kajian Emir Researh
#Kajian suku ketiga 2020
#kehilangan pekerjaan
#Kerisauan rakyat
#Ancaman jangkitan
#kualiti pendidikan