Hidangan telur penyu di restoran Sabah disiasat - Masidi

Tan Su Lin
November 4, 2015 13:14 MYT
Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun yang dihubungi Astro AWANI mengesahkan siasatan sedang dijalankan pihak berkuasa. -Gambar: Twitter
Jabatan Hidupan Liar Sabah telah diarahkan untuk menyiasat susulan gambar seorang menteri persekutuan dihidangkan dengan telur penyu iaitu spesies terancam di negara ini.
Gambar yang viral di laman media sosial pada Rabu menunjukkan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob duduk semeja bersama Ketua Umno Bahagian Beluran, Datuk James Ratib sambil menikmati makan malam di sebuah restoran makanan laut dipercayai di Sandakan.
Namun apa yang dihidangkan di atas meja adalah kira-kira dua dozen telur penyu.
Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun yang dihubungi Astro AWANI mengesahkan siasatan sedang dijalankan pihak berkuasa dan menggesa agar semua pihak menunggu keputusan hasil siasatan dalam masa terdekat.
"Tunggu hasil siasatan Jabatan Hidupan Liar Sabah," kata Masidi.
Pengusaha restoran termasuk penganjur majlis berkenaan juga akan disiasat atas perbuatan menghidang telur penyu.
Di Sabah, penyu dilindungi di bawah Enakmen Pemeliharaan Hidupan Liar 1997.
Menurut Seksyen 41 enakmen itu, ia adalah satu kesalahan untuk memiliki haiwan-haiwan itu atau produk (telur) spesis itu, di mana sabit kesalahan boleh didenda RM50,000 atau penjara lima tahun atau kedua-duanya sekali.
Sementara itu, Ismail Sabri dalam laporan The Star menafikan bahawa beliau memakan telur penyu di majlis makan malan di Sabah.
"Saya memang pantang makan telur penyu kerana kolesterol yang tinggi. Sudah lama saya tidak makan telur penyu," katanya menerusi mesej pesanan ringkas kepada akhbar berkenaan.
Gambar yang tersebar di media sosial itu turut mendapat kritikan pelbagai pihak, termasuk pencinta alam sekitar.

Yes it is a serious crime. Sabah Wildlife Enactment 1997: Max RM50k fine and/or 5 years jail or both. https://t.co/JX91Aiw7zd

— Adrian Lim Chee En (@adrianlimcheeen) November 4, 2015
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Apparently Sabah law prohibits the buying of turtle eggs as well. But Sabah BN dinner, obv, rules don't apply, kan? /s

— Erna Mahyuni (@ernamh) November 4, 2015
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

It is considered an offence to harvest/sell/consume turtle eggs in Sabah & those convicted are liable to RM50,000 fine/ 5 yrs prison/ both.

— ZoologiMY (@ZoologiMY) November 4, 2015
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

@abe_lani penjualan telur penyu ni memang salah. Benda terlindung yang korang cari pasal buat apa

— Abe Lani (@abe_lani) November 4, 2015
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Jangan la makan telur penyu, diorang dah nak pupus dah /p>— Ari (@bukhariawesome) November 3, 2015

An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#ismail sabri yaakob #Masidi Manjun #telur penyu