HFMD: Syarikat digalak sedia produk antiseptik di tempat awam
Harits Asyraf Hasnan, Hafiz Marzukhi
Julai 25, 2018 15:29 MYT
Julai 25, 2018 15:29 MYT
Kementerian Kesihatan menggalakkan syarikat pengeluar produk antiseptik untuk secara sukarela menyediakan sabun di tempat-tempat awam seperti pusat membeli-belah, bagi mengawal penularan Penyakit Tangan, Kaki dan Mulut (HFMD).
Menterinya Dr Dzulkefly Ahmad berkata, pihaknya sedang membangunkan satu pelan tindakan bersama agensi berkaitan untuk memastikan perkara ini terkawal.
"Antara langkah-langkah yang dipersetujui termasuk mempergiatkan dan mempromosikan kesihatan dan pencegahan di sekolah, tadika dan taska
"Selain itu, kami juga mementingkan proses saringan supaya penyakit ini dapat dikawal daripada merebak," kata Dr Dzulkefly ketika ditemui di lobi Parlimen hari ini.
Beliau turut memaklumkan pihaknya mensasarkan taman permainan untuk dijalankan proses disinfeksi bersama Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan bagi membantu mengawal penularan penyakit ini.
"Kita memandang serius perkara ini dan berharap dengan langkah yang diambil akan dapat membantu dalam meredakan penularan penyakit ini," katanya.
Menurut beliau, setakat ini sudah 35,000 kes direkodkan dan tiada kehilangan nyawa dilaporkan.
#antiseptik
#disinfeksi
#Dzulkefly Ahmad
#HFMD
#infeksi
#Kementerian Kesihatan
#kesihatan
#Pelan Tindakan
#pencegahan
#saringan
#sekolah
#tadika
#taman permainan
#taska