MELAKA: Premis berkaitan kanak-kanak seperti taska, tadika dan pusat jagaan di Melaka yang merekodkan lebih daripada empat kes jangkitan penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) akan ditutup selama 10 hari selaras dengan Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342).
Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Melaka (JKNM) Dr Rusdi Abd Rahman berkata justeru pengusaha premis berkenaan diminta segera melaporkan perkara tersebut kepada JKNM bagi tindakan kawalan dan pencegahan wabak berkenaan daripada terus menular khususnya dalam kalangan kanak-kanak berusia satu hingga 10 tahun.
Beliau berkata pengusaha yang gagal melaporkan perkara berkenaan dengan kadar segera boleh dikenakan tindakan mahkamah di bawah Akta 342.
"HFMD selalunya boleh hilang sendiri tetapi adakalanya ia akan mendatangkan komplikasi yang teruk iaitu miokarditis atau keradangan otot jantung dan itu yang paling kita takuti.
"Jika kes yang dilaporkan melebihi empat kes, premis tersebut akan ditutup. Begitu juga jika hanya dua kes tetapi kita dapati ramai kanak-kanak di premis jagaan itu demam tetapi belum ada lepuh, kita juga akan tutup terus premis itu," katanya kepada pemberita selepas Operasi Mega Penguatkuasaan Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau (PPKHT) 2004 dan Akta 342 di sini lewat malam tadi.
Mengulas lanjut, beliau berkata penutupan premis berkenaan dilakukan ekoran kes HFMD di Melaka yang terus merekodkan peningkatan dari hari ke hari sehingga mencecah 1,633 kes dengan 20 premis diarah tutup setakat Rabu.
Katanya daripada jumlah itu, sebanyak 772 kes dilaporkan di daerah Melaka Tengah, Alor Gajah (516 kes) dan Jasin (345 kes) manakala premis yang ditutup terdiri daripada taska (enam), tadika (tujuh), tabika (satu), rumah persendirian (empat) dan pusat jagaan kanak-kanak (dua).
Beliau berkata pada Rabu lepas sahaja, kes yang didaftarkan di ketiga-tiga daerah di Melaka adalah melebihi paras epidemik iaitu 148 kes di Melaka Tengah, Alor Gajah (83 kes) dan Jasin (24 kes).
"Kita berharap kes HFMD ini akan dapat dikurangkan tetapi kita amat memerlukan kerjasama daripada semua pihak terutama pengusaha taska dan pusat jagaan kanak-kanak agar memastikan kebersihan di premis mereka sentiasa berada pada tahap terbaik.
"Ibu bapa juga memainkan peranan penting dalam pengurusan anak yang dijangkiti HFMD kerana penyakit itu bukan sahaja boleh menjangkiti anak yang lain daripada 'blister' atau lepuh, tetapi juga daripada najis dan air kencing mereka," katanya.
Dalam perkembangan lain, beliau berkata sebanyak 301 kompaun bernilai RM60,000 telah dikeluarkan di bawah PPKHT 2004 dalam tempoh 2 Jan hingga 14 Mei lepas dan sebanyak RM42,775 daripada nilai kompaun itu telah dijelaskan.
Katanya, dalam tempoh sama juga sebanyak 705 notis kesalahan dikeluarkan antaranya merokok di kawasan larangan merokok (384 notis), larangan merokok di kawasan Melaka Bebas Asap Rokok (MBAR) (204 notis), gagal memastikan tiada seorang merokok di dalam premis atau kenderaan (17 notis) dan gagal mempamerkan tanda larangan merokok di premis atau kenderaan (18 notis).
"Dalam operasi malam ini sahaja, kita telah mengeluarkan lapan kompaun antaranya pengusaha kedai tidak menampal notis larangan merokok (satu kes), menghisap vape (satu kes) dan merokok di kedai makan (enam kes)," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri May 20 2022
Kes HFMD di Melaka yang terus merekodkan peningkatan sehingga mencecah 1,633 kes dengan 20 premis diarah tutup setakat Rabu. - Foto fail/REUTERS
10 Berita Pilihan - (16 Julai 2024
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) memberi tempoh tiga bulan kepada Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) untuk mengemukakan laporan tindakan susulan terhadap syor jawatankuasa itu.
Kylian Mbappe tandatangan kontrak dengan Real Madrid
Bintang bola sepak Perancis Kylian Mbappe menandatangani kontrak selama lima tahun dengan kelab Sepanyol Real Madrid pada Selasa.
Pelepasan ketujuh air sisa nuklear Fukushima ke laut selesai
Jepun telah menyelesaikan pusingan ketujuh pelepasan air sisa radioaktif yang dirawat dari loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi ke Lautan Pasifik pada Selasa.
Empat termasuk kapten maut dalam pertempuran
Empat anggota tentera India termasuk kapten meninggal dunia akibat kecederaan selepas pertempuuran pada malam isnin di Hutan Desa.
Pakistan sahkan 4 warganya terbunuh di Oman
Pakistan berkata pada Selasa empat warganya terbunuh dalam insiden tembakan pada malam Isnin berhampiran ibu negara Oman, Muscat.
Lima terbunuh, puluhan cedera dalam protes antikuota di Bangladesh
Sekurang-kurangnya empat orang terbunuh dan puluhan lagi cedera dalam pertempuran antara pelajar yang memprotes sistem kuota dalam pekerjaan sektor awam dan polis di pelbagai bahagian Bangladesh pada Selasa.
Kerajaan cadang perkenal pembiayaan swasta
Kerajaan menyasarkan untuk memperkenalkan pembiayaan swasta alternatif bagi memastikan kemampanan kewangan program sektor air, sekali gus mengurangkan kebergantungan pada perbelanjaan kerajaan dan mengukuhkan daya tahan.
Saya tak fitnah Guan Eng, cuma jelaskan siasatan SPRM - Muhyiddin
Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini bahawa beliau tidak memfitnah Lim Guan Eng berhubung isu pengecualian cukai terhadap Yayasan Albukhary
KPT alu-alukan dapatan, cadangan PAC - Zambry
Ini termasuklah cadangan pelaksanaan Garis Panduan Pelaburan dan Pembiayaan oleh Universiti Awam 2024 kepada anak-anak syarikat di bawah seliaan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).
12 murid dijangkiti HMFD, sebuah SJKC di Bahau ditutup
Sebuah SJKC di Bahau diarah tutup selama empat hari selepas 12 muridnya dikesan dijangkiti penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD).
5,335 kes HFMD dilaporkan di Pulau Pinang
Sebanyak 5,335 kes penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) di Pulau Pinang direkodkan sejak awal tahun ini hingga minggu epidemiologi (ME) 36/2023 pada 9 Sept.
45 murid dijangkiti HFMD, Perak ambil langkah kawalan - Exco
Sejumlah 45 murid di beberapa daerah negeri ini antaranya Kinta Utara, Kinta Selatan, Larut, Matang dan Selama, Muallim dan Kerian dikesan menghidap penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD).
HFMD di Johor meningkat 1.3 kali ganda kepada 320 kes
Jumlah kes penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) di Johor dilaporkan meningkat 1.3 kali ganda kepada 320 kes pada Minggu Epidemiologi ke-22 (ME22) iaitu bagi tempoh 28 Mei hingga Sabtu lepas.
Bilangan kes HFMD melepasi paras amaran kebangsaan
Selangor menyumbang kes tertinggi, diikuti Sabah, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya, Johor dan Sarawak.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Kes HFMD dan wabak jangkitan salur pernafasan di Johor meningkat
Kes kumulatif bagi penyakit tangan, kaki dan Mulut (HFMD), serta wabak jangkitan saluran pernafasan di negeri Johor meningkat.
HFMD: Johor catat 8,376 kes setakat semalam
Sebanyak 8,376 kes penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) dilaporkan di Johor sejak 1 Jan lepas hingga semalam, peningkatan sebanyak 79 kali ganda berbanding 106 kes bagi tempoh sama tahun lepas.
Kes ILI, URTI, dan HFMD meningkat di Johor - Exco Kesihatan
Sebanyak 952 kes jangkitan saluran pernafasan dilaporkan sehingga minggu epid pada 25/2022, iaitu peningkatan sebanyak 70.9 peratus.
Johor rekod 6,987 kes HFMD tahun ini sehingga semalam
Kebanyakan kes HFMD berlaku dalam kalangan kanak-kanak berumur 0 hingga enam tahun iaitu sebanyak 6,048 kes (86.6 peratus).