IPOH: Kerajaan Perak akan menutup taska, tadika dan pusat jagaan di negeri ini, sekiranya kes penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) menunjukkan angka yang membimbangkan.
Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Sains, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau negeri, Mohd Akmal Kamarudin berkata, setakat ini belum ada taska, tadika dan pusat jagaan yang ditutup susulan peningkatan kes tersebut.
"Pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melalui Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) akan sentiasa pantau supaya tempat-tempat yang menjaga kanak-kanak ini menjaga kebersihan di premis masing-masing.
"Sampai ke tahap kalau kena tutup (taska,tadika dan pusat jagaan) kita akan tutup. Pihak Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) akan tutup, setakat maklumat yang saya dapat belum ada lagi (ditutup).
"Kita akan kemas kini dari semasa ke semasa berhubung kes HDMD di Perak. Setakat 30 April terdapat peningkatan sehingga 10 kali ganda (kes) berbanding tahun lepas," katanya lagi.
Beliau berkata demikian ketika hadir Seminar Pematuhan Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 oleh Premis Yang Ditetapkan Buangan Terjadual dan Majlis Penyerahan Lesen Sempena Sambutan Hari Biodiversiti Antarabangsa Peringkat Negeri Perak, di sini pada Khamis.
Hadir sama, Timbalan Pengarah Kanan Jabatan Alam Sekitar Negeri Perak, Abdul Aziz Parmin.
Dalam pada itu, Mohd Akmal turut berharap semua pihak khususnya yang terlibat secara langsung dengan penjagaan kanak-kanak untuk lebih berjaga-jaga bagi mengelakkan kes meningkat.
Sebelum ini, media melaporkan, Perak mencatatkan sebanyak 1,636 kes HFMD sehingga minggu epid ke-17 tahun ini, yang berakhir pada 30 April lalu.
Jumlah itu menunjukkan peningkatan sebanyak 10.6 kali ganda berbanding minggu epid yang sama tahun lalu, iaitu hanya 140 kes.
Peningkatan penularan itu menimbulkan kebimbangan dan kerisauan dalam kalangan warga Perak, khususnya ibu bapa yang mempunyai anak berumur kurang enam tahun.
Pada Rabu, dilaporkan sebanyak 12 pusat jagaan kanak-kanak di Melaka ditutup selepas mencatatkan 1,378 kes penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) setakat 14 Mei lalu.
Exco Kesihatan dan Antidadah Melaka, Dr Muhamad Akmal Saleh, berkata peningkatan semula bilangan kes HFMD yang dilaporkan adalah selepas cuti Hari Raya Aidilfitri yang berlaku atas faktor pergerakan dan taska, tadika serta pusat penjagaan beroperasi semula.
Aida Aziz
Thu May 19 2022
![HFMD: Perak akan tutup taska, tadika dan pusat jagaan jika kes membimbangkan HFMD: Perak akan tutup taska, tadika dan pusat jagaan jika kes membimbangkan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-05/81652934709_HFMDPerak.jpg)
Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Sains, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau Perak, Mohd Akmal Kamarudin berkata, setakat ini belum ada taska, tadika dan pusat jagaan yang ditutup susulan peningkatan kes tersebut di negeri itu.
10 Berita Pilihan - (16 Julai 2024
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) memberi tempoh tiga bulan kepada Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) untuk mengemukakan laporan tindakan susulan terhadap syor jawatankuasa itu.
Kylian Mbappe tandatangan kontrak dengan Real Madrid
Bintang bola sepak Perancis Kylian Mbappe menandatangani kontrak selama lima tahun dengan kelab Sepanyol Real Madrid pada Selasa.
Pelepasan ketujuh air sisa nuklear Fukushima ke laut selesai
Jepun telah menyelesaikan pusingan ketujuh pelepasan air sisa radioaktif yang dirawat dari loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi ke Lautan Pasifik pada Selasa.
Empat termasuk kapten maut dalam pertempuran
Empat anggota tentera India termasuk kapten meninggal dunia akibat kecederaan selepas pertempuuran pada malam isnin di Hutan Desa.
Pakistan sahkan 4 warganya terbunuh di Oman
Pakistan berkata pada Selasa empat warganya terbunuh dalam insiden tembakan pada malam Isnin berhampiran ibu negara Oman, Muscat.
Lima terbunuh, puluhan cedera dalam protes antikuota di Bangladesh
Sekurang-kurangnya empat orang terbunuh dan puluhan lagi cedera dalam pertempuran antara pelajar yang memprotes sistem kuota dalam pekerjaan sektor awam dan polis di pelbagai bahagian Bangladesh pada Selasa.
Kerajaan cadang perkenal pembiayaan swasta
Kerajaan menyasarkan untuk memperkenalkan pembiayaan swasta alternatif bagi memastikan kemampanan kewangan program sektor air, sekali gus mengurangkan kebergantungan pada perbelanjaan kerajaan dan mengukuhkan daya tahan.
Saya tak fitnah Guan Eng, cuma jelaskan siasatan SPRM - Muhyiddin
Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini bahawa beliau tidak memfitnah Lim Guan Eng berhubung isu pengecualian cukai terhadap Yayasan Albukhary
KPT alu-alukan dapatan, cadangan PAC - Zambry
Ini termasuklah cadangan pelaksanaan Garis Panduan Pelaburan dan Pembiayaan oleh Universiti Awam 2024 kepada anak-anak syarikat di bawah seliaan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).
![12 murid dijangkiti HMFD, sebuah SJKC di Bahau ditutup 12 murid dijangkiti HMFD, sebuah SJKC di Bahau ditutup](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/61719039990_TBHFMD.jpg)
12 murid dijangkiti HMFD, sebuah SJKC di Bahau ditutup
Sebuah SJKC di Bahau diarah tutup selama empat hari selepas 12 muridnya dikesan dijangkiti penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD).
![5,335 kes HFMD dilaporkan di Pulau Pinang 5,335 kes HFMD dilaporkan di Pulau Pinang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-08/51691148753_HFMD.jpg)
5,335 kes HFMD dilaporkan di Pulau Pinang
Sebanyak 5,335 kes penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) di Pulau Pinang direkodkan sejak awal tahun ini hingga minggu epidemiologi (ME) 36/2023 pada 9 Sept.
![45 murid dijangkiti HFMD, Perak ambil langkah kawalan - Exco 45 murid dijangkiti HFMD, Perak ambil langkah kawalan - Exco](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-08/51691148753_HFMD.jpg)
45 murid dijangkiti HFMD, Perak ambil langkah kawalan - Exco
Sejumlah 45 murid di beberapa daerah negeri ini antaranya Kinta Utara, Kinta Selatan, Larut, Matang dan Selama, Muallim dan Kerian dikesan menghidap penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD).
![HFMD di Johor meningkat 1.3 kali ganda kepada 320 kes HFMD di Johor meningkat 1.3 kali ganda kepada 320 kes](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-06/41685950033_TBHFMD.jpg)
HFMD di Johor meningkat 1.3 kali ganda kepada 320 kes
Jumlah kes penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) di Johor dilaporkan meningkat 1.3 kali ganda kepada 320 kes pada Minggu Epidemiologi ke-22 (ME22) iaitu bagi tempoh 28 Mei hingga Sabtu lepas.
![Bilangan kes HFMD melepasi paras amaran kebangsaan Bilangan kes HFMD melepasi paras amaran kebangsaan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-05/61684623286_posterberkenaanpen.jpg)
Bilangan kes HFMD melepasi paras amaran kebangsaan
Selangor menyumbang kes tertinggi, diikuti Sabah, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya, Johor dan Sarawak.
![Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-04/41680607592_TBBERITAx.jpg)
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
![Kes HFMD dan wabak jangkitan salur pernafasan di Johor meningkat Kes HFMD dan wabak jangkitan salur pernafasan di Johor meningkat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-07/51658066797_TBlingtiansoon.jpg)
Kes HFMD dan wabak jangkitan salur pernafasan di Johor meningkat
Kes kumulatif bagi penyakit tangan, kaki dan Mulut (HFMD), serta wabak jangkitan saluran pernafasan di negeri Johor meningkat.
![HFMD: Johor catat 8,376 kes setakat semalam HFMD: Johor catat 8,376 kes setakat semalam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-07/51658066797_TBlingtiansoon.jpg)
HFMD: Johor catat 8,376 kes setakat semalam
Sebanyak 8,376 kes penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) dilaporkan di Johor sejak 1 Jan lepas hingga semalam, peningkatan sebanyak 79 kali ganda berbanding 106 kes bagi tempoh sama tahun lepas.
![Kes ILI, URTI, dan HFMD meningkat di Johor - Exco Kesihatan Kes ILI, URTI, dan HFMD meningkat di Johor - Exco Kesihatan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-07/41656846338_TBlingtiansoon.jpg)
Kes ILI, URTI, dan HFMD meningkat di Johor - Exco Kesihatan
Sebanyak 952 kes jangkitan saluran pernafasan dilaporkan sehingga minggu epid pada 25/2022, iaitu peningkatan sebanyak 70.9 peratus.
![Johor rekod 6,987 kes HFMD tahun ini sehingga semalam Johor rekod 6,987 kes HFMD tahun ini sehingga semalam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-06/81655627302_HFMD.jpg)
Johor rekod 6,987 kes HFMD tahun ini sehingga semalam
Kebanyakan kes HFMD berlaku dalam kalangan kanak-kanak berumur 0 hingga enam tahun iaitu sebanyak 6,048 kes (86.6 peratus).