HFMD: Majlis Bandaraya Ipoh pantau taska, tadika

Abd Razak Mohd Ali
Mei 30, 2022 14:42 MYT
Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) sentiasa memantau taska dan tadika bagi menangani penularan penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD). - Gambar fail/hiasan
IPOH: Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) sentiasa memantau taska dan tadika bagi menangani penularan penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD).
Menurut kenyataan MBI, pemantauan dibuat bagi memastikan premis itu mematuhi syarat–syarat perlesenan yang menekankan aspek penjagaan kebersihan dan keselamatan di pemis berkenaan.
“Aktiviti pemantauan ini adalah dipertingkatkan dan dijalankan secara berterusan,” kata kenyataan itu yang dikeluarkan di sini, hari ini.
Menurut kenyataan itu lagi, sehingga April 2022, jumlah lesen premis taska dan tadika di kawasan Majlis Bandaraya Ipoh adalah sebanyak 377.
Dalam masa sama, kata kenyataan itu, pihak MBI telah memeriksa 76 premis berkenaan sehingga April tahun ini.
Daripada jumlah itu, 17 premis telah diberi surat amaran di samping enam lagi diberi surat tunjuk sebab dan tiga kompuan dikeluarkan yang bernilai RM750.
#Majlis Bandaraya Ipoh #MBI #HFMD #taksa #tadika #penyakit kaki tangan dan mulut