MELAKA: Sebanyak 12 premis berkaitan jagaan kanak-kanak terpaksa ditutup selepas Melaka mencatatkan 1,378 kes penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) setakat 14 Mei lepas.
Exco Kesihatan dan Antidadah negeri Dr Muhamad Akmal Saleh berkata peningkatan semula bilangan kes HFMD yang dilaporkan adalah selepas cuti Aidilfitri yang berlaku atas faktor pergerakan dan taska, tadika serta pusat penjagaan telah beroperasi semula.
"Terdapat peningkatan 1,322 kes atau 24.6 kali ganda berbanding tempoh yang sama tahun lepas iaitu 56 kes, dengan 95.5 peratus kes adalah kalangan berumur 0 hingga enam tahun.
"Untuk itu, sebanyak 12 premis merangkumi tadika, taska dan pusat penjagaan kanak-kanak telah diarahkan tutup di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 kerana berlaku wabak HFMD di premis tersebut," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Katanya sebanyak lapan kes HFMD dilaporkan dimasukkan ke wad pada Minggu Epidemiologi 19 (ME19) iaitu 8 Mei hingga 14 Mei 2022, peningkatan enam kes berbanding minggu sebelumnya iaitu dua kes.
"Secara keseluruhan, jumlah kemasukan ke wad kanak-kanak atau perubatan adalah 67 kes dan majoriti kes (91.4 peratus) dirawat sebagai pesakit luar. Tiada kematian dilaporkan setakat ini," katanya.
Mengikut pecahan daerah pula, Dr Muhamad Akmal menjelaskan daerah Melaka Tengah mencatat 124 kes, peningkatan sebanyak 69 kes (125.4 peratus) berbanding minggu sebelumnya iaitu 55 kes.
"Sementara di Alor Gajah dan Jasin, masing-masing melaporkan 162 kes dan 115 kes. Kedua-dua daerah ini meningkat 100 peratus berbanding sebelum ini yang tiada kes," katanya.
Dr Muhamad Akmal turut menjelaskan setakat 14 Mei juga, terdapat tiga kluster HFMD dilaporkan, menjadikan jumlah keseluruhan 16 kluster wabak dengan daerah Jasin mencatat bilangan tertinggi iaitu 11 (68.8 peratus) diikuti empat di Melaka Tengah (25 peratus) dan Alor Gajah satu (6.2 peratus).
"Tadika, taska dan pusat jagaan merupakan premis tertinggi berlaku HFMD iaitu 12 kluster (75 peratus)," katanya.
Bagi mengekang penularan wabak, pemeriksaan dan pemantauan oleh Jabatan Kesihatan Negeri dan Pejabat Kesihatan Daerah akan dilakukan ke atas persekitaran berisiko seperti taska, tadika dan pusat jagaan kanak-kanak.
Dr Muhamad Akmal berkata 30 premis telah diperiksa setakat ini manakala taklimat serta Town Hall melibatkan 900 premis berkaitan pusat penjagaan kanak-kanak kerajaan dan swasta, guru dan pengusaha akan diadakan dalam empat sesi.
"Ibu bapa juga dinasihatkan tidak membawa anak-anak yang mempunyai gejala penyakit tersebut ke tempat awam, tadika, taska atau pusat asuhan untuk mengelak ia menular.
"Paling utama, sentiasa amalkan kebersihan premis dengan memastikan peralatan yang digunakan kanak-kanak seperti sudu, pinggan, meja dan alatan permainan sentiasa dibersihkan dan dinyahkuman," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed May 18 2022
Daerah Melaka Tengah mencatat 124 kes HFMD, meningkat sebanyak 69 kes atau 125.4 peratus, berbanding minggu sebelumnya iaitu 55 kes. - Gambar hiasan
Amalkan Bahasa Melayu beradab, pelihara maruah bahasa kebangsaan - Pakar
Penggunaan Bahasa Melayu secara tidak berhemah, terutama di platform media sosial, semakin meresahkan masyarakat Malaysia.
Perpaduan umat Islam dan bukan Islam prasyarat pembangunan ekonomi mampan - PM Anwar
Tidak semua negara Islam mempunyai ruang terus aman dan damai, dan mepunyai ekonomi yang kukuh dan berkembang seperti Malaysia, tegas Anwar
Beyond the Score: How Alternative Data, AI are Opening Up New Doors for Credit Access
Credit scores are often misunderstood. Erick Hamburger, Group CEO of CTOS Digital Berhad, addresses these concerns and explains how alternative data - like telco payments and streaming subscriptions - and AI are transforming credit access, even for those lacking a traditional credit history.
MCAS nafi ada kaitan dengan GISB dan pergerakan Al-Arqam
Persatuan Mualaf Singapura (MCAS) menafikan sebarang kaitan dengan GlSB Holdings Sdn Bhd (GISB) atau pergerakan Al-Arqam.
Hamas sah kematian seorang lagi komander dalam serangan di Lubnan
Kumpulan Pejuang Palestin, Hamas pada Sabtu mengesahkan kematian seorang lagi komander mereka di Lubnan, lapor agensi berita Jerman (dpa).
Program larian disertai pelancong berpakaian tidak sopan bukan anjuran kerajaan Johor
Program larian yang didakwa disertai pelancong asing berpakaian kurang sopan dan mempromosi budaya songsang lesbian, gay, biseksual serta transgender (LGBT) bukan anjuran kerajaan negeri.
Imigresen serbu pusat karaoke, 49 GRO dan pelanggan ditahan
JIM Perak menyerbu empat premis pusat hiburan karaoke yang menawarkan GRO warga Myanmar dengan bayaran antara RM450 hingga RM600 di sekitar bandar raya ini, malam tadi.
AWANI Ringkas: Pendatang asing tanpa izin | Kekecohan di Wisma Transit
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Tumpuan Ahad – 06 Oktober 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Polis siasat dakwaan buli di sekolah berasrama penuh di KL
Polis sedang menjalankan siasatan berhubung dakwaan berlaku kejadian buli membabitkan anak seorang penyanyi dan beberapa individu lain di sebuah sekolah berasrama penuh di ibu negara.
12 murid dijangkiti HMFD, sebuah SJKC di Bahau ditutup
Sebuah SJKC di Bahau diarah tutup selama empat hari selepas 12 muridnya dikesan dijangkiti penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD).
5,335 kes HFMD dilaporkan di Pulau Pinang
Sebanyak 5,335 kes penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) di Pulau Pinang direkodkan sejak awal tahun ini hingga minggu epidemiologi (ME) 36/2023 pada 9 Sept.
45 murid dijangkiti HFMD, Perak ambil langkah kawalan - Exco
Sejumlah 45 murid di beberapa daerah negeri ini antaranya Kinta Utara, Kinta Selatan, Larut, Matang dan Selama, Muallim dan Kerian dikesan menghidap penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD).
HFMD di Johor meningkat 1.3 kali ganda kepada 320 kes
Jumlah kes penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) di Johor dilaporkan meningkat 1.3 kali ganda kepada 320 kes pada Minggu Epidemiologi ke-22 (ME22) iaitu bagi tempoh 28 Mei hingga Sabtu lepas.
Bilangan kes HFMD melepasi paras amaran kebangsaan
Selangor menyumbang kes tertinggi, diikuti Sabah, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya, Johor dan Sarawak.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Kes HFMD dan wabak jangkitan salur pernafasan di Johor meningkat
Kes kumulatif bagi penyakit tangan, kaki dan Mulut (HFMD), serta wabak jangkitan saluran pernafasan di negeri Johor meningkat.
HFMD: Johor catat 8,376 kes setakat semalam
Sebanyak 8,376 kes penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) dilaporkan di Johor sejak 1 Jan lepas hingga semalam, peningkatan sebanyak 79 kali ganda berbanding 106 kes bagi tempoh sama tahun lepas.
Kes ILI, URTI, dan HFMD meningkat di Johor - Exco Kesihatan
Sebanyak 952 kes jangkitan saluran pernafasan dilaporkan sehingga minggu epid pada 25/2022, iaitu peningkatan sebanyak 70.9 peratus.
Johor rekod 6,987 kes HFMD tahun ini sehingga semalam
Kebanyakan kes HFMD berlaku dalam kalangan kanak-kanak berumur 0 hingga enam tahun iaitu sebanyak 6,048 kes (86.6 peratus).