The Herald pertimbang failkan semakan semula keputusan

Astro Awani
Jun 23, 2014 22:03 MYT
Mahkamah Persekutuan hari ini menolak rayuan gereja Katolik dalam larangan penggunaan kalimah 'Allah dalam penerbitannya.
‘The Herald’ akan mempertimbangkan untuk menyemak semula keputusan Mahkamah Persekutuan hari ini yang menolak rayuan gereja Katolik dalam larangan penggunaan kalimah 'Allah’ dalam penerbitannya.
Namun menurut peguam kanan Datuk Dr Cyrus Das yang mewakili gereja berkenaan berkata anak guamnya itu perlu mengambil kira sama ada mahu memfailkan semak semula.
"Tidak ada had masa untuk failkan semakan semula," kata beliau sambil menambah bahawa ia (semakan) akan difailkan dengan lebih terperinci.
Salah seorang peguam gereja tersebut, S. Selvarajah berkata mereka boleh memfailkan permohonan semakan mengikut syarat-syarat Mahkamah Persekutuan.
"Kita boleh membuat penyemakan semula keputusan Mahkamah Persekutuan atas alasan tertentu seperti melanggar peraturan keadilan asasi, panel itu telah salah ditubuhkan atau hakim telah merujuk kepada undang-undang yang dimansuhkan atau aplikasi undang-undang yang salah“ kata S. Selvarajah.
Walau bagaimanapun, kata Selvarajah, permohonan semakan semula jarang berjaya.
#Datuk Dr Cyrus Das #Mahkamah Persekutuan #The Herald
;