Bekas menteri Kabinet Tan Sri Rafidah Aziz menyeru rakyat Malaysia supaya menghentikan laungan "ketuanan bangsa", yang beliau anggap merugikan dan tidak produktif kepada negara dan rakyat negara ini.
Ketuanan, katanya, mestilah selalu menjadi milik Malaysia sendiri dan bukan mana-mana kumpulan, kaum atau agama di kalangan rakyat.
Menulis di ruangan pertama beliau dalam akhbar The Sun pada Selasa, Rafidah berkata rakyat Malaysia hanya akan dihormati di peringkat global apabila dari kalangan mereka, bangkit warganya yang berkemampuan dan berkemahiran, dan prestasi dan pencapaiannya dianggap sangat baik ketika diukur oleh tanda aras dan standard global.
"Apabila ini berlaku mereka boleh berbangga membawa bendera Malaysia dan diiktiraf oleh dunia sebagai rakyat Malaysia yang berjaya," katanya yang dikenali sebagai Wanita Besi Malaysia kerana pendirian kuatnya mengenai isu-isu yang mempengaruhi negara .
Rafidah, yang merupakan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri selama 21 tahun hingga 2008, berkata Malaysia baharu yang muncul selepas kerajaan Pakatan Harapan berkuasa pada Mei yang menamatkan pemerintahan Barisan Nasional selama 61 tahun, mestilah tidak berpihak dari segi jantina, warna kulit dan warisan kerana satu-satunya keutamaan adalah kebaikan untuk rakyat dan negara.
Warga Malaysia adalah rakyat Malaysia tanpa mengira keturunan dan warisan. Itulah fakta yang tidak dapat dinafikan. Saya berbangga menjadi seorang rakyat Malaysia. Saya yakin sesetengah rakyat Malaysia mesti merasa yang sama.
"Fajar Malaysia baharu membawa harapan dan aspirasi baharu, permulaan yang baharu. Negara kita sangat diberkati," menurut Rafidah dalam tulisannya.
Mengenai kerajaan baharu, beliau berkata: "Apa yang diperlukan ialah tadbir urus yang baik dan tadbir urus ekonomi oleh orang-orang yang rakyat Malaysia, telah meletakkan kepercayaan untuk memacu negara kita dengan jayanya melalui cabaran dan gelora dalam persekitaran yang sentiasa berubah dalam menuju abad yang akan datang dan masa depan yang masih jauh."
Rafidah juga menyifatkan pilihan raya umum pada 9 Mei sebagai hari apabila rakyat Malaysia telah menekan butang 'reset', yang menetapkan gerakan pelbagai proses dan langkah yang perlu diambil untuk meletakkan Malaysia kembali ke landasan yang betul.
"Harapan adalah tinggi, tetapi rakyat Malaysia mestilah bersikap realistik. Pembangunan tidak berlaku dalam ruang kosong. Polisi harus disesuaikan dan mampu memenuhi tuntutan dan situasi baharu.
"Kerajaan mesti mentadbir dan tidak membenarkan dirinya diganggu oleh tuntutan yang tidak realistik, mementingkan diri sendiri dan pihak tertentu," katanya.
Mengenai pendidikan, beliau menulis tentang perlunya pendidikan untuk semua dan penekanan harus terhadap keperluan dan pengiktirafan mestilah berasaskan kepada kecemerlangan dan meritokrasi terutama apabila mewajarkan sokongan dan pertimbangan khusus sementara anak muda Malaysia mesti menilai prestasi terhadap yang terbaik di peringkat global.
Beliau seterusnya merayu kepada rakyat Malaysia untuk menjalin hubungan yang membina dan mengukuhkan ketahanan negara dan mengelakkan perpecahan dan berpuak-puak kerana perkara ini boleh membawa kepada hakisan perpaduan.
Mereka sebaliknya harus berpegang kepada politik perpaduan dan pembangunan negara dan mengelakkan politik kemunafikan, katanya
-- BERNAMA
Bernama
Tue Oct 23 2018
![Hentikan 'ketuanan bangsa' - Rafidah Aziz Hentikan 'ketuanan bangsa' - Rafidah Aziz](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-06/51528385038_TANSRIRAFIDAHAZIZ.jpg)
Rafidah merayu kepada rakyat Malaysia untuk menjalin hubungan yang membina dan mengukuhkan ketahanan negara dan mengelakkan perpecahan dan berpuak-puak kerana perkara ini boleh membawa kepada hakisan perpaduan. - Gambar fail
10 Berita Pilihan - (16 Julai 2024
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) memberi tempoh tiga bulan kepada Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) untuk mengemukakan laporan tindakan susulan terhadap syor jawatankuasa itu.
Kylian Mbappe tandatangan kontrak dengan Real Madrid
Bintang bola sepak Perancis Kylian Mbappe menandatangani kontrak selama lima tahun dengan kelab Sepanyol Real Madrid pada Selasa.
Pelepasan ketujuh air sisa nuklear Fukushima ke laut selesai
Jepun telah menyelesaikan pusingan ketujuh pelepasan air sisa radioaktif yang dirawat dari loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi ke Lautan Pasifik pada Selasa.
Empat termasuk kapten maut dalam pertempuran
Empat anggota tentera India termasuk kapten meninggal dunia akibat kecederaan selepas pertempuuran pada malam isnin di Hutan Desa.
Pakistan sahkan 4 warganya terbunuh di Oman
Pakistan berkata pada Selasa empat warganya terbunuh dalam insiden tembakan pada malam Isnin berhampiran ibu negara Oman, Muscat.
Lima terbunuh, puluhan cedera dalam protes antikuota di Bangladesh
Sekurang-kurangnya empat orang terbunuh dan puluhan lagi cedera dalam pertempuran antara pelajar yang memprotes sistem kuota dalam pekerjaan sektor awam dan polis di pelbagai bahagian Bangladesh pada Selasa.
Kerajaan cadang perkenal pembiayaan swasta
Kerajaan menyasarkan untuk memperkenalkan pembiayaan swasta alternatif bagi memastikan kemampanan kewangan program sektor air, sekali gus mengurangkan kebergantungan pada perbelanjaan kerajaan dan mengukuhkan daya tahan.
Saya tak fitnah Guan Eng, cuma jelaskan siasatan SPRM - Muhyiddin
Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini bahawa beliau tidak memfitnah Lim Guan Eng berhubung isu pengecualian cukai terhadap Yayasan Albukhary
KPT alu-alukan dapatan, cadangan PAC - Zambry
Ini termasuklah cadangan pelaksanaan Garis Panduan Pelaburan dan Pembiayaan oleh Universiti Awam 2024 kepada anak-anak syarikat di bawah seliaan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).
![Reman bekas setiausaha politik, ahli perniagaan bergelar Datuk Seri dilanjutkan 3 hari Reman bekas setiausaha politik, ahli perniagaan bergelar Datuk Seri dilanjutkan 3 hari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/61706345595_TBsprm.jpg)
Reman bekas setiausaha politik, ahli perniagaan bergelar Datuk Seri dilanjutkan 3 hari
Tempoh reman ke atas seorang bekas setiausaha politik kepada seorang bekas menteri dan seorang ahli politik bergelar Datuk Seri dilanjutkan tiga hari lagi.
![Harta hanya akan disita jika ada kaitan dengan kesalahan yang disiasat - Jahaberdeen Harta hanya akan disita jika ada kaitan dengan kesalahan yang disiasat - Jahaberdeen](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-07/61627408980_TBjpg.jpg)
Harta hanya akan disita jika ada kaitan dengan kesalahan yang disiasat - Jahaberdeen
Penyitaan sesuatu aset tidak boleh dilakukan sewenang-wenangnya sebaliknya perlu melalui proses perundangan.
![Aliff Syukri tuntut bekas menteri bayar hutang puluhan juta Aliff Syukri tuntut bekas menteri bayar hutang puluhan juta](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-07/81688333624_AliffSyukri.jpg)
Aliff Syukri tuntut bekas menteri bayar hutang puluhan juta
Aliff mendakwa, beliau berkali-kali cuba menghubungi individu tersebut, namun sehingga kini masih tiada respons.
![Bekas menteri Thailand tubuh parti baharu Bekas menteri Thailand tubuh parti baharu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-01/61642609606_BangkokThailand.jpg)
Bekas menteri Thailand tubuh parti baharu
Dua bekas pemimpin parti pemerintah Thailand - parti Palang Pracharath (PPRP) telah menubuhkan parti politik baharu - Sarng Anacot Thai, dan berikrar membantu memulihkan ekonomi negara.
![Bekas menteri dijangka didakwa esok, Syed Saddiq akui akan hadir ke Mahkamah KL Bekas menteri dijangka didakwa esok, Syed Saddiq akui akan hadir ke Mahkamah KL](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-07/51626875978_SPRMMDBrasuah.jpg)
Bekas menteri dijangka didakwa esok, Syed Saddiq akui akan hadir ke Mahkamah KL
Bekas menteri itu dijangka berhadapan dua pertuduhan di bawah seksyen 403 dan 405 Kanun Kesiksaan iaitu kesalahan pecah amanah jenayah.
![Peter Anthony dikuarantin, perbicaraan ditangguh 3 Mei depan Peter Anthony dikuarantin, perbicaraan ditangguh 3 Mei depan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-04/71618808837_PeterAnthony.jpg)
Peter Anthony dikuarantin, perbicaraan ditangguh 3 Mei depan
Peguam Datuk D Senthinathan memaklumkan kepada mahkamah bahawa anak guamnya dikenakan perintah kuarantin selama 10 hari bermula 16 hingga 26 April.
![Jenazah Aziz Shamsuddin selamat dikebumikan Jenazah Aziz Shamsuddin selamat dikebumikan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-10/51602910248_Jenazah.jpg)
Jenazah Aziz Shamsuddin selamat dikebumikan
Allahyarham Abdul Aziz yang pernah berkhidmat sebagai guru, meninggalkan isteri Puan Sri Rosmawati Abdul Ghaffar, dua anak lelaki serta dua anak perempuan.
![Tan Sri Aziz Shamsuddin meninggal dunia Tan Sri Aziz Shamsuddin meninggal dunia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-10/71602894576_TBAbdulAzizShamsudd.jpg)
Tan Sri Aziz Shamsuddin meninggal dunia
Allahyarham merupakan Menteri Pembangunan Wilayah dan Bandar pada 2004 sehingga 2008, Timbalan Pengerusi badan Perhubungan UMNO Perak serta Ahli Majlis Tertinggi UMNO.
![Rasuah: Bekas setiausaha politik bekas menteri didakwa esok Rasuah: Bekas setiausaha politik bekas menteri didakwa esok](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-10/51602669324_SPRMMDBrasuah.jpg)
Rasuah: Bekas setiausaha politik bekas menteri didakwa esok
Bekas setiausaha politik kepada bekas menteri bakal didakwa di Mahkamah Kuala Lumpur esok, berhubung kes rasuah melibatkan kira-kira RM5 juta berkaitan tender projek di sebuah kementerian.
![Ahli Parlimen Batu Sapi, V K Liew meninggal dunia Ahli Parlimen Batu Sapi, V K Liew meninggal dunia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-10/41601614845_MenteridiJabatan.jpg)
Ahli Parlimen Batu Sapi, V K Liew meninggal dunia
Liew sebelum ini menerima rawatan di hospital tersebut kerana jangkitan kuman di paru-paru.