Hentikan budaya samseng, hormati perbezaan pandangan - Mohamad Sabu
Kenyataan Media
Februari 1, 2020 17:21 MYT
Februari 1, 2020 17:21 MYT
Parti Amanah Negara (AMANAH) membantah keras tindakan ganas sekumpulan orang yang mengepung dan mengeluarkan kata-kata kesat terhadap Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Abdul Rahman, keluarga dan rakan-rakannya malam tadi.
Tindakan ganas dan samseng ini bukanlah budaya rakyat Malaysia apatah lagi ia mengganggu gugat keharmonian negara yang aman dan makmur sejak sekian lama.
Sebarang perbezaan pandangan dan ideologi politik tidak seharusnya dibalas dengan kekerasan.
Sebaliknya ruang demokrasi yang dibuka dengan luas oleh kerajaan Pakatan Harapan (PH) sejak Mei 2018 perlulah dimanfaatkan untuk mengemukakan hujah melalui perdebatan secara ilmiah.
KESTABILAN MEMACU KEMAKMURAN BERSAMA
MOHAMAD BIN SABU
Presiden AMANAH