Hentikan amalan beri kurniaan pangkat, seragam tentera kepada ahli politik, selebriti

Astro Awani
April 19, 2019 15:30 MYT
Tiada lagi amalan pemberian dan pengurniaan pangkat kehormat serta pemakaian seragam tentera kepada ahli politik termasuk golongan selebriti.
Tiada lagi amalan pemberian dan pengurniaan pangkat kehormat serta pemakaian seragam tentera kepada ahli politik termasuk golongan selebriti.
Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu berkata, ia dihentikan bagi menghormati jasa serta pengorbanan tentera yang bersusah payah berkhidmat dan mengelak pangkat serta gelaran itu direndahkan.
“Langkah itu mendapat sokongan Raja-Raja Melayu yang menjadi penaung kepada pelbagai cabang Angkatan Tentera Malaysia (ATM).
“Mereka (Raja-raja Melayu) amat mengalu-alukan langkah itu kerana penganugerahan ini boleh disalahgunakan oleh mereka yang tidak bertanggungjawab,” katanya pada Jumaat.
Mohamad berkata demikian ketika ditemui pada sidang media di pejabatnya di Jalan Padang Tembak, Kuala Lumpur.
Katanya, jika hendak memakai pangkat dan sebagainya dalam kalangan orang awam, mereka perlu menjalani latihan ketenteraan seperti melalui pasukan Askar Wataniah dan bukan dianugerahkan melalui orang-orang politik.
#ahli politik #Angkatan Tentera Malaysia #Kementerian Pertahanan #kurniaan pangkat #Media #menteri #Mohamad Sabu #selebriti #seragam tentera
;