Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin menggesa provokasi berunsur perkauman dihentikan segera.
Beliau berkata, kerajaan tidak mahu melihat unsur yang boleh mencetuskan ketegangan kaum di negara ini wujud.
"Sudah pasti kalau ada apa-apa provokasi perkauman mestilah kita hentikan. Kita tidak mahu ada apa-apa ketegangan kaum sebagainya," katanya selepas merasmikan Jualan Hari Sukan Negara 2015 di sini, hari ini.
Mengulas pembabitan ahli Pemuda UMNO serta beberapa kepimpinan sayap itu, Khairy berkata tiada halangan untuk ahlinya menyertai mana-mana himpunan.
Bagaimanapun, Khairy menegaskan, jika terbukti ada pihak yang melanggar undang-undang, tindakan sewajarnya harus diambil.
"Selagi mereka tidak menyalahi undang-undang, kita tidak menghalang mereka untuk terlibat dalam mana-mana himpunan atau aktiviti....yang penting kalau sekiranya ada terbukti bahawa ada sesiapa yang melanggar undang-undang dan tindakan sewajarnya perlu diambil," katanya.
Beliau yang enggan mengulas lanjut berhubung insiden di Jalan Petaling pada 16 September lalu, mengarahkan polis menyiasat perkara tersebut.
Pada Jumaat, Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin menggesa supaya unsur perkauman yang sudah mula ditunjukkan di negara ini dihentikan segera bagi mengelakkan menjadi barah yang akan merosakkan keharmonian negara.
Katanya, sebagai sebuah negara yang sudah lama Merdeka, perkara seperti itu tidak seharusnya berlaku kerana Malaysia adalah milik semua kaum sebagai rakyat di negara ini.
Harits Asyraf Hasnan
Sat Sep 19 2015
KHAIRY: kerajaan tidak mahu wujud unsur yang boleh mencetuskan ketegangan kaum di negara ini.
Penambahbaikan jejantas di Petagas dilaksanakan berperingkat
Penambahbaikan jejantas di kawasan Petagas, Putatan akan segera dilaksana secara berperingkat dalam memaksimakan aspek keselamatan para penduduk setempat.
Loji baharu siap April 2025 bantu selesaikan masalah di Putatan
Timbalan Ketua Menteri yang merangkap Menteri Kerja Raya Sabah, Datuk Shahelmey Yahya memberi jaminan pembinaan loji baru dapat menyelesaikan masalah bekalan air di kawasan putatan secara menyeluruh.
Pengunjung luar negara teruja rasai keunikan masyarakat Bajau
Sambutan pesta Regatta Lepa 2024 Semporna memberi pengalaman cukup luar biasa buat pengunjung dalam dan luar negara.
Penduduk Putatan rayu masalah air diselesaikan segera
Penduduk Putatan, Sabah mengeluh bekalan air di kawasan mereka terputusa sehingga berhari-hari dan rayu masalah itu diselesaikan segera.
RM127 juta diperuntuk bagi pembangunan pendidikan
Sebanyak RM127 juta ringgit diperuntukkan bagi pembangunan pendidikan dan modal insan di Sabah menerusi Belanjawan Sabah 2025.
SFC sahkan penemuan bangkai ikan paus di Triso
Sarawak Forestry Corporation (SFC) mengesahkan penemuan bangkai ikan paus berhampiran Jambatan Triso
Rumah atas air roboh, sembilan sekeluarga diselamatkan
Sembilan penduduk di Kampung Air Semporna berdepan detik cemas selepas rumah atas air mereka roboh pada Sabtu.
PPM tumpaskan 7,103 kes jenayah, rampasan bernilai RM210 juta
Pasukan Polis Marin (PPM) telah menumpaskan 7,103 kes jenayah yang dilakukan di perairan Malaysia tahun ini sehingga 31 Oktober 2024.
Peruntukan kepada negeri sentiasa dipertingkatkan - Anwar
Kerajaan MADANI mengambil berat kepentingan rakyat di semua negeri walaupun ia ditadbir oleh pembangkang, dan telah bertindak meningkatkan peruntukan yang diterima mereka.
Amaran ribut petir, hujan lebat di 11 negeri, KL, Putrajaya
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di 11 negeri, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya hingga 9 malam ini.
10 wanita warga Indonesia ditahan dalam Op Noda di Jalan Petaling, Lebuh Pudu
Polis menahan 10 wanita warga Indonesia dalam serbuan di dua buah premis di kawasan Jalan Petaling dan Jalan Lebuh Pudu menerusi Op Noda.
KPDN rampas barangan tiruan bernilai RM250,000 di Jalan Petaling
Sebanyak 2,505 unit barangan tiruan bernilai RM250,000 dirampas di sembilan premis melibatkan enam stor dan tiga gerai di Jalan Petaling di sini dalam operasi Ops PUTRA 3.0 pada Selasa lepas.
Pelayan seks di Jalan Petaling ditahan, 54 bilik dipecahkan
Tawaran seks di empat premis sekitar Jalan Petaling, di sini dibongkar susulan penahanan 36 wanita warga asing dalam serbuan pada Sabtu.
Lori muatan roti hilang dijumpai di Kemaman
Lori yang digunakan untuk mengedar roti di sekitar Kuala Lumpur itu dilaporkan hilang di Jalan Petaling di ibu kota sekitar jam 7 pagi hari yang sama.
Jalan Petaling wajib dikunjungi ketika sambutan Tahun Baharu Cina - Fong
Selain sebagai tapak warisan bersejarah di negara ini, pelancong terutama dari China dan Taiwan juga dapat merasai kemeriahan sambutan Tahun Baharu Cina menerusi festival yang diadakan di sini setiap
GST bukan punca kemerosotan pengunjung di Jalan Petaling - Zainal
Pelaksanaan cukai barang dan perkhidmatan (GST) bukan punca perniagaan penjaja di Jalan Petaling merosot.
Jalan Petaling bakal dijadikan lokasi Sambutan Bulan Kemerdekaan ke-60 dalam kalangan kaum Cina - MCA
Jalan Petaling di sini bakal dijadikan sebagai lokasi bagi Sambutan Bulan Kemerdekaan ke-60 dalam kalangan masyarakat Cina tahun ini, kata Ketua Pemuda MCA, Senator Datuk Chong Sin Woon.
Duta China diminta buat penjelasan rasmi jika kenyataan disalah tafsir - Zahid Hamidi
Ia merupakan keputusan sebulat suara yang dicapai dalam mesyuarat Kabinet yang dipengerusikan oleh beliau semalam.
Duta China bertemu Pemangku Menteri Luar
Butiran pertemuan itu tidak dapat diperolehi susulan cubaan untuk mendapatkan ulasan daripada Huang berhubung pertemuan itu gagal.
Duta Besar China akan dipanggil Wisma Putra beri keterangan isu Jalan Petaling
Wisma Putra akan memanggil Duta China ke Malaysia Dr Huang Huikang berhubung kenyataannya yang dianggap sebagai campur tangan dalam isu domestik negara, lapor portal berita, The Star.