Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai menggesa orang ramai berhenti daripada membuat spekulasi tidak berasas dan menyebar khabar angin tentang tragedi melibatkan Penerbangan MH17 Malaysia Airlines (MAS) kerana katanya, ia boleh menyinggung perasaan keluarga mangsa.
"Laporan jawatankuasa siasatan mengenai kejadian itu akan siap Oktober ini. Jadi, untuk sementara waktu ini, saya menggesa orang ramai, yang menyebarkan khabar angin tentang tragedi dan siasatan itu, supaya berhenti berbuat demikian.
"Hormatilah keluarga mereka yang terkorban kerana dengan menyebarkan dakwaan tidak berasas itu, perasaan mereka akan menjadi lebih terluka," katanya ketika ditemui di majlis rumah terbuka Aidilfitri di Seri Perdana, kediaman rasmi perdana menteri, di sini hari ini.
Menjawab satu soalan, Liow berkata orang ramai tidak seharusnya menyalahkan MAS kerana bukan syarikat penerbangan itu sahaja yang mengunakan ruang udara Ukraine.
"Pada hari sama, terdapat pesawat syarikat penerbangan lain yang menggunakan laluan itu lebih kurang pada waktu yang sama. Ada sebuah pesawat di hadapan dan sebuah lagi di belakangnya, manakala beberapa pesawat lagi datang dari arah bertentangan.
"Ia mendapat kelulusan pihak pengawal trafik udara dan MAS sebenarnya mematuhi prosedur yang ditetapkan," kata Liow.
Terdahulu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, dalam wawancara secara langsung dengan TV3, berkata: "Kita patut jadikan MH17 sesuatu yang tidak patut kita lupakan, terutama bagi mereka yang kehilangan orang tersayang.
"Di sebalik tragedi itu, wujud peluang untuk menyatukan rakyat Malaysia bagi membolehkan kita membangunkan negara supaya menjadi lebih kukuh."
Pada 17 Julai tahun lepas, kesemua 298 penumpang dan anak kapal - kebanyakan mereka rakyat Belanda - maut apabila pesawat jenis 777 yang dalam penerbangan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur itu, ditembak jatuh di timur Ukraine, wilayah dikuasai pemberontak, yang dilanda pertempuran sengit.
Bernama
Fri Jul 17 2015
LIOW: Hormatilah keluarga mereka yang terkorban kerana dengan menyebarkan dakwaan tidak berasas itu. - Gambar Fail
[ANALISIS] Jokowi lawan Megawati
Sepatutnya pertandingan merebut jawatan Gabenor Jateng adalah proses pemilihan biasa tetapi terdapat drama dan intrig politik tersendiri.
Penyokong Imran Khan tiba di Islamabad walaupun berlaku kematian dan pertempuran
Pertempuran penyokong Imran Khan dengan polis dan renjer separa tentera meragut beberapa nyawa memaksa kerajaan meminta bantuan tentera.
Imigresen, MPAJ gempur apartmen Pandan Mewah, 119 pendatang tanpa izin ditahan
Jabatan Imigresen tahan 119 pendatang dalam operasi bersepadu bersama MPAJ, PDRM dan Jabatan Pendaftaran Negara di Apartmen Pandan Mewah.
Piala Remaja Asia Lelaki: Young Tigers bermula garang, belasah China 5-2
Skuad remaja negara memulakan kempen Kejohanan Hoki Piala Remaja Asia (Lelaki) 2024 dengan cemerlang apabila membelasah China 5-2 dalam aksi pembukaan.
31 diselamatkan, 4 mayat ditemukan selepas bot pelancong karam di Laut Merah
Bot berkenaan yang membawa 44 orang, karam berhampiran bandar pesisir pantai Marsa Alam pada awal pagi Isnin.
Negara EU perlu patuhi waran tangkap ICC terhadap Netanyahu - Ketua Dasar Luar EU
Josep Borell berkata bahawa dwi-standard seperti ini akan membawa kepada kritikan teruk terhadap EU.
PKS perlu segera sepadukan amalan ESG dalam operasi perniagaan - BNM
Penguatkuasaan global dalam peraturan ESG oleh negara tertentu beri kesan kepada pengeksport Malaysia yang terlibat dalam rantaian bekalan.
China akan kuatkuasakan tindakan lebih tegas terhadap penipuan telekomunikasi
Garis panduan ini bertujuan untuk memperkuat penguatkuasaan undang-undang antipenipuan telekomunikasi dan dalam talian negara.
Eksport beras Vietnam melebihi lapan juta tan
Eksport beras Vietnam mencecah 8.05 juta tan setakat 15 Nov, menjana pendapatan sebanyak AS$5.05 bilion.
KPWKM perkenal Skuad Waja Gen Z santuni remaja - Noraini
Skuad Waja Gen Z dapat membantu meningkatkan kesedaran terhadap pendidikan kesihatan reproduktif dan sosial terutama kepada golongan remaja dalam komuniti setempat.
PRU15: 'Perubahan situasi hari ini menakjubkan, membuka mata saya' - Tiong Lai
Tiong Lai antara lain menjelaskan persepsi terhadap 'partinya' kini bertukar 180 darjah dalam tempoh sehari selepas PRU15.
PRU15: Rara berjaya tawan Bentong
Young Syefura Othman dari Pakatan Harapan (PH) berjaya menawan kerusi Parlimen Bentong meskipun bersaing sengit dengan pencabarnya daripada Barisan Nasional (BN), Tan Sri Liong Tiow Lai.
PRU15: 'Sakit hati tengok Bentong ke belakang, rakyat tidak akan tertipu kali kedua' - Tiong Lai
Liow Tiong Lai yakin mampu membawa pembangunan di kawasan itu sekiranya diberi mandat pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), 19 November ini.
PRU15: Young Syefura sah bertanding kerusi Parlimen Bentong
Beliau dijangka berdepan saingan sengit daripada bekas Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai yang dikatakan mahu merebut semula kerusi terbabit.
PRU15: Parlimen Bentong bakal jadi kerusi panas?
Parlimen Bentong menjadi kerusi selamat buat MCA selama 13 PRU sebelum dirampas DAP pada tahun 2018.
PRU15: MCA sokong penuh pencalonan Liow rampas kembali Parlimen Bentong
MCA menyokong penuh pencalonan bekas Ahli Parlimen Bentong Tan Sri Liow Tiong Lai untuk merampas kembali kerusi tersebut pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).
Acryl Sani, Nor Shamsiah, Azam Baki, Hadi Awang dianugerah gelaran Tan Sri
Seramai 19 individu menerima Darjah Panglima Setia Mahkota (PSM) yang turut membawa gelaran Tan Sri.
BN belum terima permohonan rasmi MCA keluar parti
Barisan Nasional menghormati keputusan dibuat parti-parti teras dan apa pun keputusan mesti dibuat secara rasmi untuk tindakan selanjutnya.
Tiong Lai tidak mampu menahan deraian air mata
Dalam ucapan terakhirnya sebagai presiden, Tiong Lai zahirkan penghargaan kepada mereka yang membantu mengembangkan karier politiknya.
Wee Ka Siong presiden baharu MCA
Satu-satunya wakil rakyat MCA di Dewan Rakyat itu, memperoleh 447 undi dan mengatasi saingan terdekatnya Ketua MCA Bahagian Kluang, Gan Ping Sieu yang memperoleh 182 undi.