Perbuatan menyalahgunakan imej orang kelainan upaya (OKU) dalam laman sosial oleh pihak tidak bertanggungjawab untuk meraih simpati bagi mendapatkan derma daripada orang ramai, harus dihentikan segera.
Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Jailani Johari berkata perbuatan itu juga akan mengelirukan orang ramai yang berhasrat untuk membantu pihak yang benar-benar memerlukan bantuan.
"Perkara ini haruslah dihentikan kerana kita tidak tahu sama ada urusan kutipan ini telah mendapat kebenaran atau tidak daripada pihak berwajib.
"Kita harap masyarakat luar sana menjadi lebih bertanggungjawab, prihatin dan tidak mengambil kesempatan terhadap OKU kerana dengan adanya isu begini mengurangkan keyakinan orang lain yang betul-betul ingin menderma dan ia bukanlah sesuatu yang baharu," katanya.
Beliau ditemui pemberita pada Majlis Sambutan Hari Raya Parlimen Hulu Terengganu, di sini semalam.
Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Perindustrian dan Perdagangan negeri merangkap Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Berang Datuk Tengku Putera Tengku Awang dan Penyelaras Dewan Undangan Negeri Manir Yusof Awang Hitam.
Dianggarkan lebih 10,000 tetamu dari luar dan sekitar Hulu Terengganu hadir memeriahkan majlis berkenaan.
Jailani yang juga Anggota Parlimen Hulu Terengganu berharap Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) menyiasat perkara berkenaan agar tindakan segera dapat diambil.
"Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) akan sedia membantu apabila diminta untuk membuat tindakan teknikal daripada JKM dan kementerian berwajib agar tiada sebarang cubaan eksploitasi terhadap golongan OKU berlaku dalam isu ini," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jul 15 2017
![Henti salah guna imej OKU dalam media sosial Henti salah guna imej OKU dalam media sosial](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-06/41496916942_DatukJailani.jpg)
Jailani berharap Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) menyiasat perkara berkenaan agar tindakan segera dapat diambil. - Gambar fail
10 Berita Pilihan - (16 Julai 2024
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) memberi tempoh tiga bulan kepada Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) untuk mengemukakan laporan tindakan susulan terhadap syor jawatankuasa itu.
Kylian Mbappe tandatangan kontrak dengan Real Madrid
Bintang bola sepak Perancis Kylian Mbappe menandatangani kontrak selama lima tahun dengan kelab Sepanyol Real Madrid pada Selasa.
Pelepasan ketujuh air sisa nuklear Fukushima ke laut selesai
Jepun telah menyelesaikan pusingan ketujuh pelepasan air sisa radioaktif yang dirawat dari loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi ke Lautan Pasifik pada Selasa.
Empat termasuk kapten maut dalam pertempuran
Empat anggota tentera India termasuk kapten meninggal dunia akibat kecederaan selepas pertempuuran pada malam isnin di Hutan Desa.
Pakistan sahkan 4 warganya terbunuh di Oman
Pakistan berkata pada Selasa empat warganya terbunuh dalam insiden tembakan pada malam Isnin berhampiran ibu negara Oman, Muscat.
Lima terbunuh, puluhan cedera dalam protes antikuota di Bangladesh
Sekurang-kurangnya empat orang terbunuh dan puluhan lagi cedera dalam pertempuran antara pelajar yang memprotes sistem kuota dalam pekerjaan sektor awam dan polis di pelbagai bahagian Bangladesh pada Selasa.
Kerajaan cadang perkenal pembiayaan swasta
Kerajaan menyasarkan untuk memperkenalkan pembiayaan swasta alternatif bagi memastikan kemampanan kewangan program sektor air, sekali gus mengurangkan kebergantungan pada perbelanjaan kerajaan dan mengukuhkan daya tahan.
Saya tak fitnah Guan Eng, cuma jelaskan siasatan SPRM - Muhyiddin
Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini bahawa beliau tidak memfitnah Lim Guan Eng berhubung isu pengecualian cukai terhadap Yayasan Albukhary
KPT alu-alukan dapatan, cadangan PAC - Zambry
Ini termasuklah cadangan pelaksanaan Garis Panduan Pelaburan dan Pembiayaan oleh Universiti Awam 2024 kepada anak-anak syarikat di bawah seliaan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).
![Banduan derma gaji bekerja di penjara bantu warga Palestin Banduan derma gaji bekerja di penjara bantu warga Palestin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/71701073428_TBpalestine.jpg)
Banduan derma gaji bekerja di penjara bantu warga Palestin
Hantaran Mashouf mengenai sumbangan Hamza itu pantas menjadi tular dengan lebih 24,000 suka dan mendapat lebih 8,200 ciapan semula.
![Selangor salur RM1 juta bantuan ke Akaun Amanah Kemanusiaan Rakyat Palestin Selangor salur RM1 juta bantuan ke Akaun Amanah Kemanusiaan Rakyat Palestin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/81695245198_AmirudinShari.jpg)
Selangor salur RM1 juta bantuan ke Akaun Amanah Kemanusiaan Rakyat Palestin
Bantuan itu diharapkan menjadi sebahagian daripada usaha kolektif bagi mengangkat prinsip keadilan serta menentang keganasan.
![Gempa bumi Turkiye, Syria: Angelina Jolie rayu derma untuk bantu mangsa Gempa bumi Turkiye, Syria: Angelina Jolie rayu derma untuk bantu mangsa](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-02/51676170525_TBTURKEYSYRIA.jpg)
Gempa bumi Turkiye, Syria: Angelina Jolie rayu derma untuk bantu mangsa
Pelakon Hollywood yang juga aktivis hak asasi manusia Angelina Jolie pada Sabtu merayu agar derma disalurkan kepada Turkiye dan Syria.
![Indonesia di kedudukan teratas dunia sebagai negara 'Most Generous' Indonesia di kedudukan teratas dunia sebagai negara 'Most Generous'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-10/81666432011_950x600.jpg)
Indonesia di kedudukan teratas dunia sebagai negara 'Most Generous'
Lapan daripada 10 orang rakyatnya menderma dalam bentuk kewangan manakala enam daripada 10 menyumbang sebagai sukarela.
![Tiada wang ringgit bukan halangan untuk menderma di bulan Ramadan Tiada wang ringgit bukan halangan untuk menderma di bulan Ramadan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-04/41651131789_TBBARBER.jpg)
Tiada wang ringgit bukan halangan untuk menderma di bulan Ramadan
Susu Goodday dengan kerjasama ERA dan GEGAR menyantuni golongan kurang bernasib baik & terjejas COVID-19 pada Ramadan tahun ini menerusi kempen 'Goodday Berkat Sepakat'.
![Janji Allah kepada mereka yang bersedekah di bulan Ramadan Janji Allah kepada mereka yang bersedekah di bulan Ramadan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-04/61649981510_SumbanganGeneric.jpg)
Janji Allah kepada mereka yang bersedekah di bulan Ramadan
Yakinlah, janji Allah itu pasti bagi mereka yang memperbanyakkan sedekah di bulan Ramadan.
![Pink Floyd hasilkan lagu demi kumpul dana buat Ukraine Pink Floyd hasilkan lagu demi kumpul dana buat Ukraine](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-04/71649375218_TBPINKFLOYD.jpg)
Pink Floyd hasilkan lagu demi kumpul dana buat Ukraine
Hasil jualan lagu itu akan disalurkan kepada dana bantuan kemanusiaan Ukraine.
!['Hadiah paling bermakna' - Lelaki derma buah pinggang buat bapa 'Hadiah paling bermakna' - Lelaki derma buah pinggang buat bapa](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-03/51647396563_DermaBuahPinggang.jpg)
'Hadiah paling bermakna' - Lelaki derma buah pinggang buat bapa
Pemindahan buah pinggang untuk ayahnya merupakan hadiah paling bermakna dan berharga yang pernah dia berikan kepada insan istimewa ini.
![Masyarakat Islam selatan Thailand derma 1 juta baht bantu mangsa banjir di Malaysia Masyarakat Islam selatan Thailand derma 1 juta baht bantu mangsa banjir di Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-12/51640795685_TBASARILATEH.jpg)
Masyarakat Islam selatan Thailand derma 1 juta baht bantu mangsa banjir di Malaysia
Ia merupakan initiatif pendakwah muda Asari Lateh bersama beberapa penceramah bebas di selatan Thailand.
![Vaksin COVID-19: EU edar 1 bilion dos secara global Vaksin COVID-19: EU edar 1 bilion dos secara global](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-03/51616022787_UrsulavonderLeyen.jpg)
Vaksin COVID-19: EU edar 1 bilion dos secara global
Selain daripada pengedaran tersebut, EU akan mendermakan sekurang-kuranya 500 juta dos kepada negara-negara berpendapatan rendah.