Henderi Ardimansyah dilantik Penolong Pengarah Operasi Bomba Sarawak baharu

Astro Awani
November 2, 2020 12:06 MYT
Henderi sebelum ini berkhidmat selama dua tahun sebagai Ketua Zon 1 (Kuching) Sarawak. FOTO: JBPM Sarawak
KUALA LUMPUR: Anak jati Sarikei, Henderi Ardimansyah dilantik sebagai Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat Sarawak yang baharu, berkuat kuasa hari ini.
Henderi menggantikan Tiong Ling Hii yang dinaikkan pangkat dan ditukarkan ke Ibu Pejabat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JPBM) di Putrajaya, Ogos lalu.
Menerusi kenyataan ringkas Unit Perhubungan Awam (JBPM) Sarawak pada Isnin, Henderi sebelum ini berkhidmat selama dua tahun sebagai Ketua Zon 1 (Kuching) Sarawak.
Malah dia juga telah berkhidmat dalam jabatan selama 14 tahun dan pernah berkhidmat di Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia, Bahagian Pengurusan Korporat, Bahagian Pembangunan dan Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat di ibu pejabat JBPM.
#Henderi Ardimansyah #Henderi Penolong Bomba baharu #Anak jati Sarikei #naik pangkat #Jabatan Bomba dan Penyelamat Sarawak #bomba #Sarawak
;