Helikopter terhempas: Malaysia dukacita tragedi menimpa Presiden Iran - PM

Astro Awani
Mei 20, 2024 15:16 MYT
Menerusi kenyataan, Perdana Menteri turut berkongsi sempat bertemu Raisi di New York, Amerika Syarikat pada tahun lalu dan telah menekuni pelbagai perkara yang dekat dengan kedua-dua negara. - Sumber foto FB Anwar Ibrahim
KUALA LUMPUR: Datuk Seri Anwar Ibrahim hiba dan sedih atas laporan Presiden Iran, Ebrahim Raisi yang terkorban dalam nahas helikoptyer terhempas pada Isnin.
Perdana Menteri menyifatkan Raisi sebagai pemimpin yang senang untuk bekerjasama dan suatu kehilangan dalam perjuangan menegakkan hak Palestin.
Menerusi kenyataan, Perdana Menteri turut berkongsi sempat bertemu Raisi di New York, Amerika Syarikat pada tahun lalu dan telah menekuni pelbagai perkara yang dekat dengan kedua-dua negara.
"Beliau menonjolkan sikap yang terbuka tetapi tegas terutamanya dalam soal pembangunan rakyatnya serta punyai keupayaan yang tinggi dalam memelihara Iran sebagai negara dan tamadun yang kuat.

I am deeply saddened by the tragic deaths of President Ebrahim Raisi, Foreign Minister Hossein Amir-Abdollahian and several other officials of the Islamic Republic of Iran. My heartfelt condolences go out to the people of Iran during this profoundly difficult time. May Allah pic.twitter.com/DGx6MXLBt3

— Anwar Ibrahim (@anwaribrahim) May 20, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
"Saya selesa bekerjasama dengan beliau dan tragedi ini tentunya menyedihkan dan meninggalkan bekas yang mendalam terutamanya dalam perjuangan membela warga Palestin," kata beliau.
SEMUA KANNDUNGAN BERHUBUNG HELIKOPTER TERHEMPAS DI LAPOR LANGSUNG INI
Menurut Perdana Menteri, Malaysia berduka atas tragedi berkenaan dan bersedih atas malapetaka yang menimpa negara sahabat Iran.
"Doa dan solidariti buat rakyat Republik Islam Iran, dan semoga Allah SWT mengampuni dosa mereka dan memberi tempat yang istimewa di sisiNya," ujart beliau.
#Anwar Ibrahim #Ebrahim Raisi #helikopter terhempas #perjuang warga Palestin
;