Helikopter terhempas di Klang, dua cedera
Afiezy Azaman
Januari 1, 2021 10:46 MYT
Januari 1, 2021 10:46 MYT
KUALA LUMPUR: Sebuah helikopter persendirian jenis Turbine Robinson R66 dilaporkan terhempas di Zon Perdagangan Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ), pada Jumaat.
Menurut Pengarah JBPM Selangor Norazam Khamis, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 10 pagi.
“Helikopter berkenaan telah melakukan pendaratan cemas dan terhempas di kawasan lapang dan tiada kebakaran berlaku.
“Terdapat dua mangsa terlibat dalam kejadian tersebut dan mereka berada dalam keadaan stabil serta hanya mengalami kecederaan ringan.
“Mangsa dikenali sebagai Kharudin Dahlan (juruterbang), 73, mengalami kecederaan di tangan kiri manakala Moithu Kutti Mohamad (pembantu juruterbang), 53, mengalami luka kecil,” katanya dalam satu kenyataan, pada Jumaat.
Mengulas lanjut, Norazam berkata, kedua-dua mangsa telah dihantar ke hospital untuk rawatan lanjut.
Punca kemalangan masih lagi dalam siasatan.
#helikopter terhempas
#Turbine Robinson R66
#Zon Perdagangan Bebas Pelabuhan Klang
#PKFZ
#Norazam Khamis
#panggilan kecemasan
#pendaratan cemas
#Kharudin Dahlan
#Moithu Kutti Mohamad