Helikopter Nuri mendarat cemas di Pulau Perak, dekat Kedah
Bernama
Disember 23, 2013 17:10 MYT
Disember 23, 2013 17:10 MYT
Sebuah helikopter Nuri Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) melakukan pendaratan cemas ketika melakukan tugasan keselamatan di kawasan Pulau Perak, dekat Kedah, semalam.
Pendaratan cemas terpaksa dilakukan kerana helikopter itu mengalami masalah teknikal.
Tiga orang krew di dalam helikopter itu selamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan.
Sumber TUDM ketika dihubungi Bernama hari ini mengesahkan kejadian itu tetapi tidak menyatakan masa berlaku.
Katanya siasatan menyeluruh mengenai kejadian itu akan dilakukan secepat mungkin.