Helikopter milik PDRM terhempas di kem PGA Air Panas Tawau
Ridzal Abdullah
Februari 27, 2020 21:15 MYT
Februari 27, 2020 21:15 MYT
Helikopter milik Polis Diraja Malaysia (PDRM) terhempas di kawasan kem Polis Batalion 14 PGA, Kem Air Panas Tawau kira-kira pukul 6.30 petang tadi.
Ketua Polis Daerah Tawau, ACP Peter Anak Umbuas ketika dihubungi pihak media telah mengesahkan kejadian tersebut.
Difahamkan juga, makluman awal melaporkan semua kru dan penumpang helikopter berkenaan selamat.
Dalam pada itu, memetik laporan Bernama, Peter memaklumkan bahawa Komander Pasukan Gerakan Udara (PGU) Sabah akan ke lokasi kejadian pada Jumaat pagi nanti.
Katanya, pusat kawalan di tempat kejadian turut diaktifkan serta-merta bagi mengawal lokasi kejadian dan akan dikendalikan oleh pihak Polis Daerah Tawau.