Helikopter dipercayai terhempas di Batu 8, Jalan Lama KL-Bentong

Astro Awani
Februari 6, 2025 12:23 MYT
Astro AWANI difahamkan helikopter berkenaan ialah jenis Bell 206L4 dengan nombor pendaftaran PK-ZUV. - Foto tangkapan layar dari Google Map
KUALA LUMPUR: Sebuah helikopter dilaporkan terhempas di Batu 8 Jalan Lama Kuala Lumpur - Bentong sebentar tadi.
Perkara itu disahkan oleh Ketua Polis Daerah Bentong, Superitendan Zaiham Mohd Kahar ketika dihubungi Astro AWANI sebentar tadi.
“Difahamkan ada kematian. Saya akan keluarkan kenyataan lanjut dalam masa terdekat,” katanya.
Astro AWANI difahamkan helikopter berkenaan ialah jenis Bell 206L4 dengan nombor pendaftaran PK-ZUV.
IKUTI SEMUA BERITA BERKAITAN DISINI
#helikopter terhempas #Jalan Lama KL-Bentong #kemalangan jiwa #terkini
;