Helikopter bertembung sebelum terhempas - Polis

Fareez Azman
November 8, 2020 14:08 MYT
Ketika kejadian, kedua-dua helikopter itu sedang terbang dari Subang Jaya, menuju ke Genting Sempah. - Foto Media Sosial
AMPANG JAYA: Dua helikopter yang terhempas di Taman Melawati, Ampang tengah hari ini, disahkan telah bertembung di udara sebelum kejadian.
Bagaimanapun, punca pertembungan berlaku masih dalam siasatan ketika ini, menurut Ketua Polis Daerah Ampang Jaya ACP Mohamad Farouk Esha.
“Kedua-dua helikopter itu dari Subang Jaya, menuju ke Genting Sempah, sebelum kejadian.
“Adakah kedua-dua pesawat dalam latihan penerbangan? Itu belum tahu lagi, kita masih siasat,” katanya.
Mangsa yang maut dikenali sebagai Mohd Sabri Baharom dan Mohd Irfan Mohamed Rawi dari satu helikopter, iaitu yang berwarna biru.
BACA: Nahas helikopter Taman Melawati: Dua mangsa disahkan maut
BACA: Nahas helikopter: Beberapa dentuman kuat, kejutkan penduduk Taman Melawati - Saksi
Manakala dua penumpang dari sebuah lagi helikopter, iaitu yang berwarna merah, dipercayai selamat melakukan pendaratan cemas, dikenali sebagai Datuk Ahmad Jauhari Yahya dan Tan Chai Elan.
Bagaimanapun, siasatan lanjut, kata Mohamad Farouk, akan dijalankan oleh Lembaga Penerbangan Awam Malaysia (CAAM).
#mangsa #pesawat #terhempas #penerbangan #siasatan #Ahmad Jauhari Yahya #maut #bertembung di udara #pendaratan cemas #Mohamad Farouk Esha
;