Akhbar mingguan The Heat yang digantung sementara penerbitannya oleh Kementerian Dalam Negeri sejak pertengahan Disember tahun lalu kembali diterbitkan minggu ini.
Akhbar terbitan Satria Kiara Sdn Bhd milik Kumpulan Media HCK itu mula masuk ke pasaran sejak Jumaat.
Dalam sebuah rencana muka depan, akhbar itu mengakui bahawa tindakan penggantungan itu menjejaskan sebahagian perancangannya tetapi memberi jaminan ia sama sekali tidak menghakis prinsip kewartawanannya.
Ia memberi jaminan akan terus menyuarakan isu-isu penyelewengan dan ketidakadilan serta usaha memecahbelahkan negara.
"Kami akan terus melakukannya dengan adil dan bebas," kata rencana muka depan itu.
Ketua Pengarang The Heat, David Lee dalam lidah pengarangnya juga memberi jaminan tindakan penggantungan sementara itu tidak akan menjejaskan hala tuju editorial akhbar mingguan tersebut.
Dalam edisi sulung selepas penggantungan itu, The Heat menerbitkan sebuah rencana dua halaman merakamkan episod berkenaan "dalam konteks yang betul: bahawa media yang bebas adalah sebahagian daripada proses demokrasi."
The Heat adalah satu daripada tiga penerbitan Kumpulan Media HCK yang turut menerbitkan mingguan bisnes, Focus Malaysia dan laman web berita, theantdaily.com.
Pada Dis 19, The Heat diberitahu tentang penggantungannya oleh Kementerian Dalam Negeri, dipercayai selepas menyiarkan artikel bertajuk “All Eyes On Big Spending PM Najib” di muka depan akhbar itu.
Selepas penggantungan itu, wartawan dan kumpulan hak asasi telah membentuk satu kumpulan perpaduan dipanggil Gerakan Media Mara (Movemement Media Marah) atau Geramm.
Pelbagai aktiviti, termasuk kempen media sosial, memakai t -shirt berwarna merah dan forum serta satu protest diadakan dalam tempoh kempen itu.
Pada Jan 27, Kementerian Dalam Negeri hari ini menarik balik penggantungan akhbar mingguan The Heat.
Astro Awani
Sat Feb 08 2014
![The Heat kembali diterbitkan The Heat kembali diterbitkan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2014-02/51391838384_295x200.jpg)
Edisi terbaru The Heat yang digantung sementara penerbitannya oleh Kementerian Dalam Negeri sejak pertengahan Disember tahun lalu
AWANI Borneo [15/08/2024] – Jaga integrity | Persaingan sihat | SUKMA 2024
Tumpuan Awani Borneo 15 Ogos 2024 bersama Nickyson Nyambar;
1. Hajiji ingatkan pegawai daerah jaga integriti, mudahkan urusan rakyat
2. KPDN pelawa pasar raya besar buka cawangan di Sabah, Labuan
3. SUKMA 2024: Premier bakal umum insentif untuk atlet Sarawak berjaya raih pingat
1. Hajiji ingatkan pegawai daerah jaga integriti, mudahkan urusan rakyat
2. KPDN pelawa pasar raya besar buka cawangan di Sabah, Labuan
3. SUKMA 2024: Premier bakal umum insentif untuk atlet Sarawak berjaya raih pingat
[TERKINI] Belasungkawa: Jenazah Allahyarham Nidza Afham selamat dikebumikan
Ikuti siaran perjalanan terakhir jenazah Allahyarham Nidza Afham di Tanah Perkuburan Islam Felda Bukit Cherakah, Puncak Alam, Selangor.
SUKMA 2024: Kesemua venue bagi 488 acara sedia digunakan
Kerja penaiktarafan tiga lokasi iaitu padang memanah, gelanggang hoki serta trek bmx yang belum siap sepenuhnya tidak menjejaskan pelaksanaan acara sukan berkenaan kerana ia hanya melibatkan fasiliti tandas yang diganti menggunakan tandas mudah alih, selain landskap trek.
KPDN pelawa Lotus’s, pasar raya besar buka cawangan di Sabah, Labuan
Mengambil contoh harga ayam di Lotus’s Malaysia, Armizan berkata rangkaian pasar raya itu konsisten menawarkan harga berpatutan serendah RM6.99 sekilogram berbanding harga ayam yang tinggi di wilayah tersebut.
Hajiji ingatkan pegawai daerah jaga integriti, mudahkan urusan rakyat
Hajiji berkata beliau telah menerima banyak aduan daripada rakyat dan laporan tentang isu integriti serta ketelusan melibatkan Pegawai Daerah dan Penolong Pegawai Daerah, termasuk ada antara mereka melengah-lengahkan urusan yang mempunyai kepentingan untuk rakyat.
STB Sabah mahu kembalikan kegemilangan Sandakan
Lembaga Pelancongan Sabah (STB) mengambil tindakan segera dengan mengadakan sesi libat urus bersama wakil-wakil rakyat dan pemain industri pelancongan Sandakan nagi mengembalikan populariti daerah itu dalam kalangan pelancong.
Astro ketengah elemen 'Heart to Heart' untuk Malaysia
Kempen Inilah KITA yang dilancarkan Astro sejak minggu lalu meraikan semangat kebersamaan serta makna sebagai rakyat Malaysia di bawah cerminan negara yang berbilang kaum dan majmuk sama seperti yang ada di Sabah dan Sarawak. Kata Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Astro Holdings Berhad, Euan Smith, kebersatuan itu diraikan menerusi bakat penceritaan kakitangan Astro yang dinamik dan menyentuh hati.
Bahasa etnik medium hebahan Bulan Kebangsaan di Sabah
Timbalan Pengarah Jabatan Penerangan (JaPen) Sabah Supian Musa berkata inisiatif itu bukan hanya bertujuan menyemarakkan sambutan, tetapi lebih utama mahu memastikan mesej disampaikan dalam bahasa mudah difahami supaya dapat dihayati semua lapisan masyarakat.
SUKMA 2024: Premier umum insentif untuk pemenang pingat Sarawak pada Jumaat
NIlai insentif yang menanti atlet Sarawak yang meraih pingat dalam temasya sukan Malaysia (SUKMA) ke-21 dijangka diumum Premier Tan Sri Abang Johari Tun Openg pada Jumaat.
![Hari Kebangsaan: Kapasiti tempat duduk di Dataran Putrajaya ditambah - Fahmi Hari Kebangsaan: Kapasiti tempat duduk di Dataran Putrajaya ditambah - Fahmi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/51723720861_TBmerdeka.jpg)
Hari Kebangsaan: Kapasiti tempat duduk di Dataran Putrajaya ditambah - Fahmi
Kapasiti tempat duduk awam bertingkat di Dataran Putrajaya di sini akan ditambah.
![Adex akhbar 2Q24 merosot ke paras terendah, kini tinggal 12.2% bahagian pasaran - Kenanga Research Adex akhbar 2Q24 merosot ke paras terendah, kini tinggal 12.2% bahagian pasaran - Kenanga Research](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71721447349_suratkhabar.jpg)
Adex akhbar 2Q24 merosot ke paras terendah, kini tinggal 12.2% bahagian pasaran - Kenanga Research
Menurut firma penyelidikan itu, pada suku pertama 2016 (1Q16), adex untuk akhbar pernah mencecah 52.5% bahagian pasaran.
![Media cetak mampu bertahan untuk tempoh sedekad lagi atau lebih - Wartawan veteran Media cetak mampu bertahan untuk tempoh sedekad lagi atau lebih - Wartawan veteran](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2017-11/71510818084_newspaper.jpg)
Media cetak mampu bertahan untuk tempoh sedekad lagi atau lebih - Wartawan veteran
Aspek mampu bertahan yang dimiliki akhbar amat penting berbanding sifat tidak kekal kewartawanan dalam talian.
![New Sabah Times melabuhkan tirai New Sabah Times melabuhkan tirai](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-12/71607443475_NewSabahTimes.jpg)
New Sabah Times melabuhkan tirai
Penurunan mendadak dalam edaran akhbar dan hasil iklan adalah sebab utama penutupan syarikat itu.
![Pembaharuan Utusan Malaysia perlu seiring keperluan semasa - Penganalisis Pembaharuan Utusan Malaysia perlu seiring keperluan semasa - Penganalisis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-10/81570681387_TBUTUSANLAST.jpg)
Pembaharuan Utusan Malaysia perlu seiring keperluan semasa - Penganalisis
Sivamurugan berkata, perkara tersebut penting bagi memastikan akhbar tersebut boleh diterima sekali gus menjadi media pilihan golongan muda.
![KLWBC2020: Akhbar dan sastera KLWBC2020: Akhbar dan sastera](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-03/41583411148_KLWBC.jpg)
KLWBC2020: Akhbar dan sastera
Penganjur aktiviti sastera dan bahasa juga wajar menyediakan bajet promosi dengan menaja terutama BH Ahad dan mengedarkan dalam majlis sastera yang dianjurkan.
![Hari Kebebasan Akhbar Sedunia: Dr Mahathir ucap terima kasih pada media Hari Kebebasan Akhbar Sedunia: Dr Mahathir ucap terima kasih pada media](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-02/51582988722_PerdanaMenteriInte.jpg)
Hari Kebebasan Akhbar Sedunia: Dr Mahathir ucap terima kasih pada media
Tun Dr Mahathir hari ini mengucapkan terima kasih kepada semua pengamal media, kerana telah menyumbang kepada menjadikan dunia lebih baik.
![Harap Utusan timbang semula keputusan - Kula Segaran Harap Utusan timbang semula keputusan - Kula Segaran](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-10/51570600939_TBSURATKHABAR.jpg)
Harap Utusan timbang semula keputusan - Kula Segaran
Syarikat akhbar itu disaran mencari alternatif lain lantaran keputusan itu melibatkan kebajikan pekerja.
![Akhbar fizikal terus hidup jika terbit kandungan berkualiti Akhbar fizikal terus hidup jika terbit kandungan berkualiti](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-09/51442114055_akhbar.jpg)
Akhbar fizikal terus hidup jika terbit kandungan berkualiti
Dr Shahrul Nazmi Sannusi yakin sesebuah akhbar itu mampu bertahan sekiranya kandungan yang diterbitkan itu berkualiti.
![Akhbar di Malaysia masih ada masa depan - bekas pensyarah Akhbar di Malaysia masih ada masa depan - bekas pensyarah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-09/51442114055_akhbar.jpg)
Akhbar di Malaysia masih ada masa depan - bekas pensyarah
Industri media cetak di negara ini masih mempunyai masa hadapan meskipun ketika ini berhadapan dengan keadaan suram dari segi jualan dan pengiklanan
![Bekas pekerja akhbar milik Samy Vellu tuntut gaji, pampasan RM1.36 juta Bekas pekerja akhbar milik Samy Vellu tuntut gaji, pampasan RM1.36 juta](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-01/61548691681_TamilNesan.jpg)
Bekas pekerja akhbar milik Samy Vellu tuntut gaji, pampasan RM1.36 juta
Mereka juga mendakwa Menteri Sumber Manusia, M Kula Segaran gagal membela nasib mereka.