'Health Alert monkeypox' akan dilaksanakan menerusi aplikasi MySejahtera mulai esok - Khairy

Astro Awani
Mei 26, 2022 18:11 MYT
Virus cacar monyet telah menyerang beberapa negara termasuk Kanada, Sepanyol, Portugal, Sweden, Perancis, Itali, Amerika Syarikat, Switzerland dan Austria manakala WHO mengesahkan lebih 100 kes positif virus itu dilaporkan. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: 'Health Alert monkeypox' akan dilaksanakan menerusi aplikasi MySejahtera mulai esok.
Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin dalam satu hantaran di Twitternya pada Khamis berkata, aplikasi MySejahtera akan membolehkan pengguna memperoleh amaran kesihatan sekiranya mereka dijangkiti virus 'monkeypox' (cacar monyet).
Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Dr Noor Azmi Ghazali berkata, setakat ini tiada kes cacar monyet dilaporkan di negara ini dan KKM tidak pernah melindungi sebarang maklumat berkaitan virus berkenaan daripada pengetahuan rakyat selain menasihatkan rakyat yang demam dan mempunyai ruam di mulut supaya mendapat rawatan.

'Health Alert monkeypox akan dilaksanakan menerusi aplikasi MySejahtera mulai esok - @Khairykj #monkeypox #mysejahtera #kkm pic.twitter.com/yz1aKN2pqY

— BERNAMA Radio (@bernamaradio) May 26, 2022
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Virus cacar monyet telah menyerang beberapa negara termasuk Kanada, Sepanyol, Portugal, Sweden, Perancis, Itali, Amerika Syarikat, Switzerland dan Austria manakala Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) mengesahkan lebih 100 kes positif virus itu dilaporkan di seluruh dunia.
#MySejahtera #Khairy Jamaluddin #monkeypox #cacar monyet
;